
Nampaknya nasib bro Zizan Raja Lawak kembali single mingle. Jika sebelum ni berawekkan Leez bekas pelajar Akademi Fantasia, sekarang ni yang boleh setakat berawekkan bantal peluk jer lah.
Mat Kepoh dapat tahu daripada sumber yang Zizan Raja Lawak dah pun putuskan hubungan dia dengan Leez dan semuanya bersebab. Tak seperti yang Mat Kepoh dengar sebelum ni.
Sebelum ni dengarnya Zizan Raja Lawak tinggalkan Leez begitu saja maka terkontang-kantinglah Leez di situ. Rupanya masih ada rahsia yang belum diungkap.
Zizan Raja Lawak beritahu yang sebelum ni emaknya pernah nampak Leez keluar dengan lelaki lain ketika mereka berdua bersama. Zizan berasa kecewa lalu memutuskan hubungan mereka.
Kesian Mat Kepoh tengok nasib lelaki yang diperlaku curang macam ni. Sabar je lah bro
Tags: gambar zizan raja lawak pondan, johan raja lawak, leez af, leez akademi fantasia, leez dan zizan, raja lawak 4, zizan raja lawak


3 Responses