
Alahaiii.. Sayangnyaaa.. Apa nak jadi dengan artis muda sekarang ni. Ramai yang tunjuk teladan yang kurang enak dekat peminat. Mat Kepoh tak dapat terima kalau diorang cakap diorang manusia biasa jugak, banyak buat silap. Tapi kesilapan ni selalu berulang dan tidak patut diorang lakukan.
Baru-baru ni Zarina Ann Julie dan sorang rakan dia kena tahan dekat LCCT. Pada mula-mulanya dia tak nak buat ujian air kencing selepas disuruh pihak berkuasa, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Lepas tu Zarina Ann Julie mengaku yang dia mengambil ketamin dan kawan dia sorang lagi layan syabu. Diorang dibawak ke Sepang tempat pejabat AADK la kot dan Zarina Ann Julie didapati positif dadah.
Haishhh.. Mat Kepoh harap lepas ni Zarina Ann Julie yang famous dengan watak Anak Pontianak ni betul-betul sedar atas kesilapan dia dan ambil iktibar. Jangan buat lagi! Sebelum ni kes gambar bogel, sekarang ni kes dadah pulak.
Mat Kepoh nasihatkan korang semua sama ada korang ni artis ke, tak artis ke. Jangan buat kesilapan yang lalu dan jangan cuba nak buat perkara yang terkutuk. Malu dow! Mat Kepoh pun kena ingatkan diri sendiri.
Sumber : Berita Harian & Kosmo
Tags: anak pontianak, anak pontianak kantoi dadah, gambar bogel zarina anak pontianak, gambar zarina ann julie, zarina ann julie, zarina positif dadah


6 Responses