Mak aihhh! Kesian la pulak dekat Gulatis. Asyik-asyik kena saman je diorang nih. Mat Kepoh rasa sekarang ni dah memang zaman artis dan model saman-menyaman company yang guna gambar diorang buat iklan. Tony Eusoff dan Diana Johor masing-masing saman Gulatis tu RM500,000.00 setiap sorang. Bapak banyak!

Kesian jugak Mat Kepoh tengok Gulatis ni. Diorang kena saman sebab gunakan gambar model yang diorang dah pernah bayar dulu selepas tamat tempoh sepatutnya. Tapi nak buat macam mana, dah memang diorang salah. Mesti semua tu dah ada hitam putih. Model pun kena jaga hak kepentingan diorang kan. Kalau tak nanti jatuh standard diorang.

Susah jugak kalau dah langgar kontrak ni. Mat Kepoh rasa lepas ni mana-mana company nak guna model, kena makesure diorang ambil berat tentang tarikh tamat tempoh tu. Macam tengok expired date roti Gardenia lah pulak. Muahahaha! Apa kata lepas ni Gulatis cakap amik masa sebulan nak buang kain rentang dan poster-poster yang ada gambar model-model diorang hire. Amacam? Korang setuju?

Related Posts with Thumbnails
Be Sociable, Share!

Tags: , , , , , , , , , ,