Posts Tagged "mat kepoh"

Dengarnya… Tiz Zaqyah sertai Spa Qistina.Betul ke?

Ade khabar angin cakap watak Maya yang ditinggalkan Nora Danish dan kemudiannya diambil alih Ummi Nazeera bakal diambil alih oleh gadis Nur Kasih, Tiz Zaqyah.Ketika ini, penggambaran drama ini berehat sementara kerana produsernya, Datin Zaiton Muhd Jiwa (Kak Ton) pergi umrah.Waduh-waduh..Pening Mat Kepoh..Kejap macam ni kejap macam tu..Yang mane satu ni?

Si Ummi Nazeera hanya sempat merakam penggambaran sehari je sebelum penggambaran drama direhatkan seketika dan dijangka bersambung pada 14 Disember ini.Kalau betul lah Tiz Zaqyah bakal ganti watak Maya..bagusla..Ini la peluang dia memantapkan lagi namanya memandangkan dia baru membina karier dalam dunia seni ni dan melonjak naik secara mendadak..Bukan ape..Takut tak tahan lame je.. Bacalah gosip sampai habis »


Dulu-dulu Mat Kepoh memang suka sangat kalau tengok drama yang Eja berlakon. Masa tengok dia tu memang cantik sangat and lakonan dia pun baik. Walaupun muka Mat Kepoh ni ganas, tapi ada secebis hati Mat Kepoh yang minat menonton drama Melayu. Ahaha! Siapa la yang tak minat tengok drama kan. Sekarang dah lama tak tengokĀ  Eja dan pagi tadi tengok Kak Murai cerita pasal baby Eja , Nur Eishal. Oooo Eja sibuk menjaga pantang and baby Eishal rupanya.

Comel je baby Eja ni nama pun sedap, Nur Eishal. Nampak gaya baby Eishal ni macam tak banyak ragam je. Duduk ontok je masa orang ramai tengah tengok dia. Maybe Eja boleh kongsi tips sikit macam mana nak jaga baby dengan baik. Ahahaha! Sekarang ni Eja dah tak malu-malu lagi dah macam dulu. Dah tak payah sorok-sork lagi dah pasal hal suami dan anak Eja. Mat Kepoh ade 3 je gambar Eja dan baby serta suami. Moh la tengok haaaaa. Bacalah gosip sampai habis »


Aleeza Kasim memang terkenal dengan perangainya yang suka berpakaian seksi-meksi ni. Yalah dah kata dia ni ibarat top model Malaysia. Tapi Mat Kepoh tak nampak pun apa yang hebat sangat Aleeza Kasim ni dalam bidang modeling. Gah dengan gosip seksi adelahkan. Dah la makin lama makin tua, memang nak tiru Janice Dickinson la ni. Masing-masing dah sama tua. Kali ni Aleeza Kasim punya seksi memang melampau dan dah tahap bangang dah.

Sebelum ni memang Mat Kepoh respek sikit jugak la dengan Aleeza Kasim ni sebab mungkin dia sangat mendalami bidang fesyen so dia punya dress tu kadang-kadang memang seksi. Tapi cuba korang tengok ketiga-tiga gambar Aleeza Kasim dalam blogpost Mat Kepoh kali ni. Nampak macam orang bangang je kan? Ada ke pakai dress macam tu. Memalukan sungguh dan tak kena langsung! Baik dia pakai bikini je.

Perghhhh! Mat Kepoh memang tak kuasa nak tengok lama-lama. Korang tengok je lah sendiri. Kalau lawa takpe, dah la makin tua. Nampak riak muka berlagak dekat dalam Aleeza Kasim ni. Dia nak nampak dia yang paling hebat dalam seksi-meksi ni. Mampoila hai! Mat Kepoh harap Aleeza Kasim akan memperbaiki balik mutu daya pemikiran dia dalam bidang fesyen nih. Kalau dah tak tahan sangat nak buat fesyen pelik-pelik, sila ke luar negara lah ya. Bacalah gosip sampai habis »


Dah takde jodoh..Itu sajelah yang Mat Kepoh boleh cakap lagi bila terbaca tentang artis Natasha Liana Hudson, 27 apabila rumah tangga yang dibinanya pada 29 Julai 2007 dengan usahawan dan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari hancur berkecai. Pelakon dan model berdarah campuran itu membuat kenyataan mengenai penceraian mereka pada malam Isnin lalu kepada akhbar sekali gus mengesahkan khabar angin mengenai pergolakan yang melanda perkahwinan mereka kebelakangan ini.

Tak silap MK (Mat Kepoh) ni kali kedua Natasha Hudson bercerai selepas perkahwinan kontroversinya yang gagal bertahan setahun..Hasil perkahwinannya dengan Shahrin pula dikurniakan anak perempuan, bernama Nessa Helena.Natasha yang lebih selesa dipanggil Tasha berkata dia dan Shahrin berkongsi hak penjagaan anak kesayangan mereka tu dan menjaganya secara bergilir-gilir..Biasalah kalau penceraian seperti ini berlaku,kesannya mestilah pada anaknya..Lagi gambar panas klik di sini Bacalah gosip sampai habis »


Kesian Mat Kepoh dengar cerita artis kita sorang ni.Nak muntah pun ade..Puteri Mardiana yang berlakon dalam filem Santau keluaran Metrowealth tu mengaku yang dia telah menelan ulat yang digaulkan dengan telur mentah demi menjiwai watak dalam salah satu babak dalam filem tu.Huuu..macam mane la agaknye rase adunan yang menjijikkan tu ye?

Ulas Putri Mardiana :
“Memang betul saya kena makan semua ulat dan telur hancur seperti yang anda lihat dalam filem Santau. Ulat tu rasa macam kacang dan saya boleh makan lagi..Tapi yang tak tahan bila bau telur hanyir bila dah digaul sekali dengan ulat. Tapi apa nak buat, semua dah masuk dalam perut saya pun…hahah.Bagus betul la artis kita sorang ni.Macam ni la contoh yang kita nak dengar..Bukan baru berpanas sikit tapi dah demand yang bukan-bukan mengalahkan diva!Hmm..ape-ape pun Mat kepoh tabik sama lu Putri!

P/s : Lain kali boleh jadi artis undangan untuk Fear Factor pulak kan?hahaha