Posts Tagged "gambar abby abadi dan zulkifli"

Kesian Mat Kepoh dengar cerita artis kita sorang ni.Nak muntah pun ade..Puteri Mardiana yang berlakon dalam filem Santau keluaran Metrowealth tu mengaku yang dia telah menelan ulat yang digaulkan dengan telur mentah demi menjiwai watak dalam salah satu babak dalam filem tu.Huuu..macam mane la agaknye rase adunan yang menjijikkan tu ye?

Ulas Putri Mardiana :
“Memang betul saya kena makan semua ulat dan telur hancur seperti yang anda lihat dalam filem Santau. Ulat tu rasa macam kacang dan saya boleh makan lagi..Tapi yang tak tahan bila bau telur hanyir bila dah digaul sekali dengan ulat. Tapi apa nak buat, semua dah masuk dalam perut saya pun…hahah.Bagus betul la artis kita sorang ni.Macam ni la contoh yang kita nak dengar..Bukan baru berpanas sikit tapi dah demand yang bukan-bukan mengalahkan diva!Hmm..ape-ape pun Mat kepoh tabik sama lu Putri!

P/s : Lain kali boleh jadi artis undangan untuk Fear Factor pulak kan?hahaha


Inilah video yang aku janjikan kepada para pembaca MatKepoh.com sebelum ini iaitu video mengenai kekantoian Abby Abadi dan Zul pasangan barunya. Kemungkinan suami barunya. Hoho.. Satu andaian sahaja daripada aku.


Belum lagi reda isu penceraian di antara Norman Hakim dan Abby Abadi, kini datang lagi satu kontroversi mengenai kesan daripada penceraian tersebut. Aku rasa kontroversi ini memang membuatkan segelintir rakyat Malaysia dan para peminat setia seni hiburan kecewa dengan sikap Abby. Belum habis lagi tempoh idah, dia sudah bermesra-mesraan dengan pelakon baru yang agak kacak iaitu Zulkifli Arifin ataupun lebih dikenali sebagai Zul. Kalau aku jadi Norman Hakim, aku pun agak kecewa dengan perbuatan si Abby ni walaupun sebelum ni aku dah buat hal dengan Memey Suhaiza. Hehehe.. Abby dan Zul telah dikantoikan oleh para wartawan yang mendapat maklumat mengenai mereka yang pergu bercuti di Hong Kong dan China berdua. Ada yang nampak sebelum mereka berlepas ke China, mereka kelihatan asyik bermesraan bagaikan Laila dan Majnun. Hoho! Zul beritahu pada wartawan yang diorang ni pergi ke sana atas urusan ‘business‘. Aduhaiii! Aku rasa diorang tak dapat fikir alasan yang paling munasabah kot. Besar betul urusan diorang sampai perlu pergi ke sana. Dekat Malaysia ni dah tak ada resource lagi ke? Masa aku tengok segmen terjah di Melodi, si Abby ni jawab agak tergagap-gagap juga sambil memandang-memandang ke arah Zul di bonet kereta. Hoho! Dahlah sebelum diorang berdua ditemuramah, diorang lepak dekat dalam airport tu selama 4 jam. Kononnya nak tunggu wartawan cabut dulu la. Sorrylah jack! Story hangat ni confirm sanggup tunggu. Hohoho! Nanti aku cuba uploadkan video terjah ni nanti.

Bacalah gosip sampai habis »