Posts Tagged "Fouziah Gous dan kekasih"

Selepas dekat nak setahun kembar Aien atau nama betulnya Nora’Ain Rahmat 30, iaitu Nora’Asikin (Ikin) bertemu jodoh dengan Asmawi Ani (Mawi), 28, kini tiba lah pulak gilirannya pula manamatkan zaman bujangnya bersama seorang jejaka yang khabarnya berstatus Datuk.

“Orangnya tidaklah terlalu kacak, tetapi sedap dipandang mata” Itulah kata Aien tentang bakal suaminnya yang dah agak berumur..Aien bakal melansungkan majlis pernikahan di Masjid Negeri Shah Alam pada 12 Disember ni lebih kurang jam 12 tengahari..Aien kata dia berdebar menunggu detik bersejarah itu dan macam tak percaya akhirnya akan bergelar isteri kepada jejaka yang dicintainya itu.Memandangkan bakal suaminya sibuk, dieorang mengambil keputusan bernikah gantung terlebih dulu. Majlis kenduri dan persandingan akan dibuat pada awal 2010.

“Pada usia begini saya memang sudah sedia menjadi isteri, namun, pada masa sama saya gementar menggalas tanggungjawab baru ini kerana ia amanah Allah untuk memastikan rumah tangga rukun dan damai. Bacalah gosip sampai habis »


Dah takde jodoh..Itu sajelah yang Mat Kepoh boleh cakap lagi bila terbaca tentang artis Natasha Liana Hudson, 27 apabila rumah tangga yang dibinanya pada 29 Julai 2007 dengan usahawan dan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari hancur berkecai. Pelakon dan model berdarah campuran itu membuat kenyataan mengenai penceraian mereka pada malam Isnin lalu kepada akhbar sekali gus mengesahkan khabar angin mengenai pergolakan yang melanda perkahwinan mereka kebelakangan ini.

Tak silap MK (Mat Kepoh) ni kali kedua Natasha Hudson bercerai selepas perkahwinan kontroversinya yang gagal bertahan setahun..Hasil perkahwinannya dengan Shahrin pula dikurniakan anak perempuan, bernama Nessa Helena.Natasha yang lebih selesa dipanggil Tasha berkata dia dan Shahrin berkongsi hak penjagaan anak kesayangan mereka tu dan menjaganya secara bergilir-gilir..Biasalah kalau penceraian seperti ini berlaku,kesannya mestilah pada anaknya..Lagi gambar panas klik di sini Bacalah gosip sampai habis »


Sorang artis yang tengah meletup ni bukan main laku lagi sekarang.Maklumlah muda lagi..Muka pun market lagi..Tapi kali ni Mat kepoh bukan nak cerita pasal laku ke tak laku FG..Tapi pasal pertanyaan seorang wartawan hiburan tentang jodohnya dengan pelakon Iqram Dinzly.Ujarnya:
“Sudah empat tahun usia ukhuwah kami terjalin. Lumrah bergelar manusia kita juga tidak lepas daripada berasa jauh hati dan tidak bertegur sapa dalam beberapa tempoh waktu. Kita tidak pernah sempurna, setiap jalinan hubungan pasti ada pasang surutnya.

“Selama berkawan, kita ada kalanya mungkin keliru dengan garisan yang ditetapkan apatah lagi sebagai manusia kita ada perasaan kasih dan sayang. Zon selesa ini akhirnya sesekali mengelirukan kami sama ada perasaan sayang itu datang atas perasaan sahabat atau betul-betul cinta.

“Mungkin pada akhirnya kami rasa, perasaan itu lebih kuat sebagai sahabat. Kami pun bukan budak-budak lagi nak memikirkan cinta monyet. Setakat nak cinta sekejap, lebih baik tak payah. Saya pun sudah tiada masa untuk cinta main-main. Lebih baik kami memikirkan masa depan,” katanya yang tidak menidakkan begitu selesa berteman dengan Iqram, malah, pelakon itu juga satu-satunya kawan susah dan senangnya selain keluarga. Bacalah gosip sampai habis »


Sudah sekian lama menjadi model dan pelakon drama serta filem, akhirnya Fouziah Gous telah terjun ke dalam kancah baru bidang seni iaitu menjadi ‘ Pembuka Kotak ‘ dalam rancangan Roda Impian. Hoho.. Mungkin dia ingin mencuba nasib dan berhasrat menjadi seperti Eja dan Abby Abadi yang sebelum ini pernah menjadi Pembuka Kotak untuk program yang diminati ramai tersebut. Abby Abadi dan Eja menjadi lebih terkenal selepas popular sebagai  pengacara bersama atau Pembuka Kotak untuk program ini yang sama seperti program Hollywood iaitu Wheel Of Fortune.

Bacalah gosip sampai habis »