Posts Tagged "fasha sandha"

Bekas Lindsay Lohan Malaysia,Fazura telah dilihat pergi tengok wayang bersama-sama dengan seorang kerabat diraja.Siapa orangnye tu??Siapa orangnya masih lagi menjadi tanda tanya sampai hari ni..Tapi yang pasti dua-dua sama padan,hot dan single..Fazura ni dulu seorang kaki gaduh,liar orangnya pada masanya yang sama seksi.Biasa lah kalau body mantap buat ape nak sorok ye tak?Muda lagi..Dulu si Fazura ni memang kontroversi.Tapi sekarang ni dah slow down sikit.Maybe dia dah lebih matang dan feminin kot..

Ketika diminta untuk bergambar mengenakan pakaian kelas pertama rekaan pereka fesyen ternama Rizman Ruzaini, Fazura meminta tidak diberikan pakaian yang agak seksi. Seksi dalam erti kata yang terlalu menjolok mata. Pelik? Yalah.. sebelum ini dia tak memilih corak atau jenis pakaian untuk diperagakan. Bacalah gosip sampai habis »


Sorang artis yang tengah meletup ni bukan main laku lagi sekarang.Maklumlah muda lagi..Muka pun market lagi..Tapi kali ni Mat kepoh bukan nak cerita pasal laku ke tak laku FG..Tapi pasal pertanyaan seorang wartawan hiburan tentang jodohnya dengan pelakon Iqram Dinzly.Ujarnya:
“Sudah empat tahun usia ukhuwah kami terjalin. Lumrah bergelar manusia kita juga tidak lepas daripada berasa jauh hati dan tidak bertegur sapa dalam beberapa tempoh waktu. Kita tidak pernah sempurna, setiap jalinan hubungan pasti ada pasang surutnya.

“Selama berkawan, kita ada kalanya mungkin keliru dengan garisan yang ditetapkan apatah lagi sebagai manusia kita ada perasaan kasih dan sayang. Zon selesa ini akhirnya sesekali mengelirukan kami sama ada perasaan sayang itu datang atas perasaan sahabat atau betul-betul cinta.

“Mungkin pada akhirnya kami rasa, perasaan itu lebih kuat sebagai sahabat. Kami pun bukan budak-budak lagi nak memikirkan cinta monyet. Setakat nak cinta sekejap, lebih baik tak payah. Saya pun sudah tiada masa untuk cinta main-main. Lebih baik kami memikirkan masa depan,” katanya yang tidak menidakkan begitu selesa berteman dengan Iqram, malah, pelakon itu juga satu-satunya kawan susah dan senangnya selain keluarga. Bacalah gosip sampai habis »


Kesian Mat Kepoh dengar cerita artis kita sorang ni.Nak muntah pun ade..Puteri Mardiana yang berlakon dalam filem Santau keluaran Metrowealth tu mengaku yang dia telah menelan ulat yang digaulkan dengan telur mentah demi menjiwai watak dalam salah satu babak dalam filem tu.Huuu..macam mane la agaknye rase adunan yang menjijikkan tu ye?

Ulas Putri Mardiana :
“Memang betul saya kena makan semua ulat dan telur hancur seperti yang anda lihat dalam filem Santau. Ulat tu rasa macam kacang dan saya boleh makan lagi..Tapi yang tak tahan bila bau telur hanyir bila dah digaul sekali dengan ulat. Tapi apa nak buat, semua dah masuk dalam perut saya pun…hahah.Bagus betul la artis kita sorang ni.Macam ni la contoh yang kita nak dengar..Bukan baru berpanas sikit tapi dah demand yang bukan-bukan mengalahkan diva!Hmm..ape-ape pun Mat kepoh tabik sama lu Putri!

P/s : Lain kali boleh jadi artis undangan untuk Fear Factor pulak kan?hahaha


Akhirnya Fasha Sandha kantoi juga keluar dengan bekas suami Nora Danish. Namun aku tak pasti yang gambar ini adalah gambar baru ataupun lama. Tapi takpelah, asalkan ada bukti dan walaupun gambar ini menunjukkan mereka berdua keluar secara beramai-ramai dengan teman masing-masing. Hehehe.. Diorang duduk selang sorang je. Apa pendapat korang?

Bacalah gosip sampai habis »