Suami kepada penyanyi dan pelakon artis sensasi Indonesia Bunga Citra Lestari,siapa agi kalau bukan Ashraf Sinclair telah dikejarkan ke hospital secara tiba-tiba pagi tadi apabila dia mengadu sakit perut pagi tadi.

“Pembedahan usus terpaksa dilakukan segera,” kata pengurus Ashraf dan Bunga, Dodi ringkas ketika dipetik dari Detikhot.com

Dimaklumkan, bintang filem ‘Gol dan Gincu’ dan ‘Saus Kacang’ itu tiba-tiba sakit perut dan kemudian dikejarkan ke hospital di Menteng, Jakarta Pusat.Ashraf yang kini terbaring di hospital sambil ditemani isteri tercinta perlu berehat dari menjalani penggambaran sinetron ‘Cinta dan Anugerah’ kerana perlu menjalani pembedahan usus untuk mengelakkan sakit ususnya menjadi lebih serius nanti.

Apa-apa pun MatKepoh berdoa Ashraf cepat-cepat jalani pembedahan dan sebuh sepenuhnya.Amin..