Posts Tagged "azean irdawaty"

Agak menyedihkan juga bila Mat Kepoh dapat tahu berita terbaru mengenai Benjy. Mahkamah telah memberikan Benjy peluang untuk diikat jamin oleh keluarga. Sudah tentu berita gembira buat aunty Azean Irdawaty.

Namun tak sampai pun dua jam, Benjy telah ditangkap semula oleh pihak polis atas sebab-sebab tertentu. Simpati Mat Kepoh terhadap aunty Azean amat dalam. Tak dapat digambarkan kesediahn aunty Azean tu.

Tapi mungkin ada baiknya Benjy ditangkap semula kan, nanti takut dia diapa-apakan pula dengan pihak lain. Mungkin taiko-taiko dadah yang terlibat nak kasi Benjy tutup mulut. Manalah tahu kan.. Bacalah gosip sampai habis »


Kes tertangkapnya Benjy anak kepada seniwati Azean Irdawaty masih lagi belum selesai. Malahan penahan reman ke atas Benjy dilanjutkan lagi sehingga 25 Mac depan.

Besar betul dugaan yang ditimpa anak beranak ni. Sebelum ini Azean Irdawaty diduga dengan kesihatan Azean Irdawaty yang terjejas dan kini anaknya pula dikatakan mengedar dadah jenis kokain dan syabu.

Mat Kepoh berharap Benjy berada di pihak yang betul. Kita tengok lagi kes ni macam mana ya. Tungguuuu…


Ini antara berita paling gempar yang Mat Kepoh dapat tahu setelah sekian lama tak update blog Mat Kepoh ni. Mat Kepoh masih ragu-ragu nak percaya atau tidak mengenai isu ini.

Ramai yang dah heboh cakap mengenai Benjy anak kepada pelakon veteran Azean Irdawaty telah ditangkap kerana terbabit mengedar dadah. Mengiku laporan daripada paper, boleh tahan berat dadah jenis kokain dan syabu tu.

Jika disabit dan didapati bersalah, Benjy boleh dihukum gantung. Mat Kepoh memang suka lakonan Benjy masa zaman dia muda-muda dulu dan terbaru tahun lepas lakonan Benjy dalam drama Saerah. Bacalah gosip sampai habis »