Posts Tagged "artis malaysia"

Mat Kepoh memang suka betul tengok gambar salah sorang chick hottt dalam Kami The Movie- Zeyna atau nama sebenarnya Ani Zayanah Ibrahim bersosial di malam hari..Memang dah macam menjadi trend artis-artis Malaysia sekarang suka dressing dan bersosial ala-ala Paris Hilton..Ape lagi,bersepah-sepah la gambar-gambar panas dan seksi dapat ditatap di ruang-ruang maya tempatan ni.Tapi Mat Kepoh SUKAAA.hehe

Berbalik pada Zeyna ni..Dalam ramai-ramai pelakon yang menyumbang tenaga dalam drama bersiri Kami The Series,Mat Kepoh rase lakonan si Zeyna ni lah yang paling menyakinkan dan berkesan.Nampak sentiasa natural kalau nak dibandingkan dengan yang lain..Maybe Zeyna ni memang seorang yang happy go lucky dan kuat bersosial dalam dunia reality bersesuaian dengan watak Adi yang dipegang dalam Kami.Tengok je lah gambar dia kat clubbing tu..Ramai juga yang suka peluk Zeyna kan?Mat Kepoh nak jugak boleh? Bacalah gosip sampai habis »


Bekas Lindsay Lohan Malaysia,Fazura telah dilihat pergi tengok wayang bersama-sama dengan seorang kerabat diraja.Siapa orangnye tu??Siapa orangnya masih lagi menjadi tanda tanya sampai hari ni..Tapi yang pasti dua-dua sama padan,hot dan single..Fazura ni dulu seorang kaki gaduh,liar orangnya pada masanya yang sama seksi.Biasa lah kalau body mantap buat ape nak sorok ye tak?Muda lagi..Dulu si Fazura ni memang kontroversi.Tapi sekarang ni dah slow down sikit.Maybe dia dah lebih matang dan feminin kot..

Ketika diminta untuk bergambar mengenakan pakaian kelas pertama rekaan pereka fesyen ternama Rizman Ruzaini, Fazura meminta tidak diberikan pakaian yang agak seksi. Seksi dalam erti kata yang terlalu menjolok mata. Pelik? Yalah.. sebelum ini dia tak memilih corak atau jenis pakaian untuk diperagakan. Bacalah gosip sampai habis »


Dah takde jodoh..Itu sajelah yang Mat Kepoh boleh cakap lagi bila terbaca tentang artis Natasha Liana Hudson, 27 apabila rumah tangga yang dibinanya pada 29 Julai 2007 dengan usahawan dan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari hancur berkecai. Pelakon dan model berdarah campuran itu membuat kenyataan mengenai penceraian mereka pada malam Isnin lalu kepada akhbar sekali gus mengesahkan khabar angin mengenai pergolakan yang melanda perkahwinan mereka kebelakangan ini.

Tak silap MK (Mat Kepoh) ni kali kedua Natasha Hudson bercerai selepas perkahwinan kontroversinya yang gagal bertahan setahun..Hasil perkahwinannya dengan Shahrin pula dikurniakan anak perempuan, bernama Nessa Helena.Natasha yang lebih selesa dipanggil Tasha berkata dia dan Shahrin berkongsi hak penjagaan anak kesayangan mereka tu dan menjaganya secara bergilir-gilir..Biasalah kalau penceraian seperti ini berlaku,kesannya mestilah pada anaknya..Lagi gambar panas klik di sini Bacalah gosip sampai habis »


Sorang artis yang tengah meletup ni bukan main laku lagi sekarang.Maklumlah muda lagi..Muka pun market lagi..Tapi kali ni Mat kepoh bukan nak cerita pasal laku ke tak laku FG..Tapi pasal pertanyaan seorang wartawan hiburan tentang jodohnya dengan pelakon Iqram Dinzly.Ujarnya:
“Sudah empat tahun usia ukhuwah kami terjalin. Lumrah bergelar manusia kita juga tidak lepas daripada berasa jauh hati dan tidak bertegur sapa dalam beberapa tempoh waktu. Kita tidak pernah sempurna, setiap jalinan hubungan pasti ada pasang surutnya.

“Selama berkawan, kita ada kalanya mungkin keliru dengan garisan yang ditetapkan apatah lagi sebagai manusia kita ada perasaan kasih dan sayang. Zon selesa ini akhirnya sesekali mengelirukan kami sama ada perasaan sayang itu datang atas perasaan sahabat atau betul-betul cinta.

“Mungkin pada akhirnya kami rasa, perasaan itu lebih kuat sebagai sahabat. Kami pun bukan budak-budak lagi nak memikirkan cinta monyet. Setakat nak cinta sekejap, lebih baik tak payah. Saya pun sudah tiada masa untuk cinta main-main. Lebih baik kami memikirkan masa depan,” katanya yang tidak menidakkan begitu selesa berteman dengan Iqram, malah, pelakon itu juga satu-satunya kawan susah dan senangnya selain keluarga. Bacalah gosip sampai habis »


Kesian Mat Kepoh dengar cerita artis kita sorang ni.Nak muntah pun ade..Puteri Mardiana yang berlakon dalam filem Santau keluaran Metrowealth tu mengaku yang dia telah menelan ulat yang digaulkan dengan telur mentah demi menjiwai watak dalam salah satu babak dalam filem tu.Huuu..macam mane la agaknye rase adunan yang menjijikkan tu ye?

Ulas Putri Mardiana :
“Memang betul saya kena makan semua ulat dan telur hancur seperti yang anda lihat dalam filem Santau. Ulat tu rasa macam kacang dan saya boleh makan lagi..Tapi yang tak tahan bila bau telur hanyir bila dah digaul sekali dengan ulat. Tapi apa nak buat, semua dah masuk dalam perut saya pun…hahah.Bagus betul la artis kita sorang ni.Macam ni la contoh yang kita nak dengar..Bukan baru berpanas sikit tapi dah demand yang bukan-bukan mengalahkan diva!Hmm..ape-ape pun Mat kepoh tabik sama lu Putri!

P/s : Lain kali boleh jadi artis undangan untuk Fear Factor pulak kan?hahaha


Intan Sarafina ini memang mempunyai wajah yang ayu gila sehingga boleh membuatkan semua lelaki yang memandang terus cair meleleh macam air cendol. Fuuuhhh! Tapi Intan Sarafina juga ligat bersosial dengan teman-teman rapat dia. Maklumlah, walaupun artis dia pun ada kehidupan gila-gila dia. Nak release tension kot. Ahah! Aku rasa gambar-gambar ni semua adalah gambar sebelum dia mendirikan rumah tangga lagi, so maknanya suami dia tak dapt marah la kan sebab perkara lama. Hehehe…

Bacalah gosip sampai habis »