Posts Tagged "artis bercinta"

Alahai.. Sejuk je mata Mat Kepoh tengok muka Shera Aiyob ni. Comel and sweet je. Mat Kepoh dapat tahu yang Shera Aiyob ni sangat sopan santun dan peramah orangnya. Kawan Mat Kepoh sepupu Shera Aiyob ni. Huhuhu.. Kalau Mat Kepoh dah jatuh hati, tak mustahi Shahz Jaszle pun boleh tertawan kan.

Buat masa ni memang Mat Kepoh perasan yang diorang berdua ni agak rapat. Kadang-kadang ada juga nampak masa majlis-majlis penting. Huhuhu.. Mat Kepoh jealous tak terkata. Kalau betullah Shahz Jaszle ni memang ada hati dengan Shera Aiyob, mintak-mintak dia layan Shera Aiyob ni dengan baiklah.


Nampakya Betty Benafe telah kembali ke alam percintaan. Setelah sekian lama menjanda, kemanisan alam percintaan akan dapat Beety Benafe rasai. Hohoho! Walaupun nampak dah tua tapi gambar Betty Benafe masa AJL tu memang ramai rasa dia masih ada UMPH! lagi. Bolehlah artis-artis yang seangkatan dengan Betty Benafe kembali UMPH!

Sekarang ni ramai orang cakap dekat Mat Kepoh pasal Betty Benafe dengan Nash yang tengah hangat dilamun cinta. Masing-masing pun tengah solo dan rasanya masaing-masing pun nak kan orang yang boleh berkongsi dan luahkan kasih sayang kan? Miahaha! Mat Kepoh tak kahwin lagi. Tak tahula nikmatnya macam mana. Bacalah gosip sampai habis »


Boleh tahan jugak Mat Kepoh tengok si Watie Elite ni. Hehehe.. Masih lagi mempunyai bentuk badan seorang wanita yang mampu menggoda seorang lelaki dengan baik sekali. Wakaka! Tapi bentuk badan dia tak macam dulu lagilah kan, dah bertambah isinya. Ya lah, umur dah meningkat tua pun kan. Tapi kesiannya Watie Elite ni sudah pun bercerai lama dan menjadi janda serta ibu tunggal sudah beberapa tahun.

Memang susah nak jadi seorang ibu tunggal ni sebab tanggungjawab tu terlalu berat dengan nak mencari rezekinya dan nak jaga kepentingan anak tersayang lagi. Watie Elite mempunyai seorang anak lelaki sahaja yang bernama Ahmad Afif Danial , 5 tahun. Mat Kepoh paham bagaimana kehidupan seorang ibu tunggal ni. Hehe.. Sebelum ni Watie Elite pernah jugak bercinta dengan seseorang tapi cintanya tu tidak kesampaian akibat sikap kepura-puraan lelaki tu yang sebenarnya sudahpun dan masih mempunyai seorang isteri.

Akibat daripada itu, Watie Elite rela memutuskan hubungan tersebut. Kesian Mat Kepoh tengok. Watie Elite memang nak cari pengganti dan ingin dibelai sebagai seorang isteri, namun kerja sebagai seorang artis terlalu banyak dan membuatkan Watie Elite terlalu sibuk untuk bercinta dan berkasih. Tengoklah sekarang ni dia dah banyak muncul dekat drama-drama TV. Watie Elite mengaku dia pun mempunyai nafsu :)