Ramai jugak yang memperkatakan isu tudung Datuk Siti Nurhaliza. Diorang cakap makin lama makin nampak rambut. Tapi malam tadi Mat Kepoh tengok rancangan Terjah dekat TV3, Datuk Siti beritahu yang dia berselendang dan bukanlah bertudung.

Memang sebelum ni Datuk Siti cakap yang dia akan bertudung selepas pulang daripada mengerjakan Umrah. Tapi bukan sekarang. Masanya akan tiba untuk Datuk Siti bertudung penuh dan dia tidak akan menanggal tudung dia lepas tu nanti. Kita sama-samalah doakan moga Datuk Siti cepat-cepat bersedia untuk bertudung. Amiiinn.

Mat Kepoh kalau nak kahwin nanti nak cari bakal isteri yang bersedia untuk bertudung. Baru sedap mata memandang nanti. Hohoho..

Kredit Gambar : Sahrudin Yusof

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , ,