Tahniah Mat Kepoh ucapkan sebab Fara Fauzana dah ada program sendiri. Bukan calang-calang orang wooo Farah Fauzana ni. Memang semua orang boleh nampak dia berusaha keras dalaim industri ni daripada bawah. Banyak jugak penghargaan dan anugerah yang dia dah dapat.

Program Fara Fauzana ni namanya Alahai Fafau! Alahai Fafau akan ditayangkan di saluran TV9 setiap hari Ahad pada pukul 9 malam. Rancangan ni berlum mula lagipun dan akan bermula hujung minggu ni 7 Februari 2010. Mungkin Mat Kepoh tak berkesempatan nak tengok program ni sebab Mat Kepoh ada banyak kerja selain jadi blogger. Bacalah gosip sampai habis »


Mat Kepoh jarang dengar lagu-lagu Adam AF2 sebab tak masuk dalam jiwa Mat Kepoh. Tapi Mat Kepoh tahu yang Adam ada peminat dia yang tersendiri. Paling ramai yang jadi peminat Adam AF2 ni mestilah perempuan kan. Hohoho.. Kalau lelaki yang minat Adam ni dah jadi bahaya dah. Tahan dinding nanti jawabnya!

Ada yang bukak mulut pasal Adam bekas pelajar Akademi Fantasia ni kaki perempuan. Maybe sebab dia ni rapat dengan perempuan and kebanyakan peminat dia perempuan, ada yang tuduh dia kaki perempuan. Pengakuan Adam AF2, dia cakap dia senang menyanyangi perempuan. Tapi bukanlah tahap sayang gila-gila kot. Mulut manis maybe. Huhu! Bacalah gosip sampai habis »


Ramai jugak yang memperkatakan isu tudung Datuk Siti Nurhaliza. Diorang cakap makin lama makin nampak rambut. Tapi malam tadi Mat Kepoh tengok rancangan Terjah dekat TV3, Datuk Siti beritahu yang dia berselendang dan bukanlah bertudung.

Memang sebelum ni Datuk Siti cakap yang dia akan bertudung selepas pulang daripada mengerjakan Umrah. Tapi bukan sekarang. Masanya akan tiba untuk Datuk Siti bertudung penuh dan dia tidak akan menanggal tudung dia lepas tu nanti. Kita sama-samalah doakan moga Datuk Siti cepat-cepat bersedia untuk bertudung. Amiiinn.

Mat Kepoh kalau nak kahwin nanti nak cari bakal isteri yang bersedia untuk bertudung. Baru sedap mata memandang nanti. Hohoho.. Bacalah gosip sampai habis »


Setiap artis usia diorang memang makin meningkat. Semua orang memang macam tu kan. Kadang-kadang artis ni bila dah tua, keupayaan diorang pun makin kurang. Bagi seorang penyanyi rock macam abang Amy Search, kadang-kadang dia ada jugak terlupa lirik lagu. Tapi bukan masa tengah buat show ok.

Semalam Mat Kepoh baru tahu apa itu prompter. Prompter ni macam alat bantuan untuk orang-orang media la. Bantu kalau tak hafal skrip macam pemberita and lirik untuk penyanyi. Dekat oversea memang dah ramai yang guna. Tapi abang Amy Search cakap dia tak syorkan guna prompter. Bacalah gosip sampai habis »


Jangan hairan kalau Mat Kepoh selalu cerita balik apa yang Melodi pernah cerita sebab dulu Mat Kepoh pun ada dalam Melodi kan? Muahaha.. Tak caya korang tanya otai-otai Melodi dulu kala yakni orang-orang tua korang. Kali ni Mat Kepoh nak cerita pasal Ifa Raziah yang dituduh kaki kencing.

Tapi Ifa Raziah dengan selambernye menafikan perkara tu. Dia cakap mana ada dia kencing orang. Kalau tak puas hati sangat Ifa Raziah mintak bukti daripada orang yang cakap dia macam tu. Ifa Raziah pesan kepada orang yang label dia kaki kencing tu jangan pandai-pandai nak buat cerita. Hohoh.. Bacalah gosip sampai habis »


Nampaknya masih lagi yang meminati Azwan Ali untuk menghiburkankan para tetamu sesuatu majlis mahupun parti. Baru-baru ni Mat Kepoh tengok profile Facebook Azwan Ali and ternampak status dia mengenai tawaran menyanyi satu lagu dengan harga RM6 ribu. Wow! Banyak tu bang Azwan! Kongsila dengan Mat Kepoh sikit :P

Abang Azwan Ali cakap, kalau ikutkan status dia. Tawaran menyanyikan lagu tu dia dapat daripada orang JB. Maybe ada sedikit slot nyanyian untuk Azwan Ali masa show pondan tu. Rasanya semuanya dah berjalan dengan lancar pun. Senang-senang ada masa korang tengok la Facebook Azwan Ali.