Waaaaa! Dah 36 tahun umur Erra rupanya. Hohoho.. Tak sangka sungguh cepat masa berlalu. Daripada Mat Kepoh tengok Erra dalam filem Sembilu, jadi penyanyi, kahwin dua kali dan dah ada baby sampailah sekarang.

Mat Kepoh rasa Erra dah pandai kawal karier dan kehidupan dia. Tak banyak masalah yang dihadapi Erra Fazira kot melainkan penceraian dia dengan Yusry KRU.

Tapi perkara yang silam biarlah berlalu dan dibuat pengajaran masa depan. Hehehe.. Mari kita doakan kebahagiaan Erra Fazira, Engku Emran dan baby diorang Engku Aleesya. Tengok gambar-gambar kemeriahan hari jadi Erra Fazira. Bacalah gosip sampai habis »


Penjagaan muka memang sangat penting bagi mana-mana artis. Tapi bila Mat Kepoh tengok muka Lisa Surihani and Liyana Jasmay ni, nampak macam kulit diorang licin and gebu sangat. Hoho!

Tapi muka diorang ni nampak macam tu sebab effect daripada camera and makeup. Tapi lawa la weh! Mat Kepoh tahu walaupun tanpa makeup, Lisa Surihani tetap lawa. Mat Kepoh bukan seorang yang mudah terpedaya dengan kecantikan  makeup ni. Hohoho!


Alahaiii.. Sayangnyaaa.. Apa nak jadi dengan artis muda sekarang ni. Ramai yang tunjuk teladan yang kurang enak dekat peminat. Mat Kepoh tak dapat terima kalau diorang cakap diorang manusia biasa jugak, banyak buat silap. Tapi kesilapan ni selalu berulang dan tidak patut diorang lakukan.

Baru-baru ni Zarina Ann Julie dan sorang rakan dia kena tahan dekat LCCT. Pada mula-mulanya dia tak nak buat ujian air kencing selepas disuruh pihak berkuasa, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Bacalah gosip sampai habis »


Fuhhh! Rasanya dah berzaman Mat Kepoh tak update blog ni. Sorrylah geng. Mat Kepoh ada kerja freelance sikit nak cari duit poket. Bukan jadi gigolo haaaa.. Hehehe..

Mat Kepoh rasa, ni lah gambar persembahan Azwan Ali menyamar jadi Ziana Zain dan nyanyiannya dia dibayar RM6 ribu untuk satu lagu. Woooo! Mahai!

Ramai jugak pondan-ponda yang mengiringi Azwan Ali masa dia menyanyi. Korang tengoklah semua gmbar ni ok. Bacalah gosip sampai habis »


Fezrul Khan khabarnya tengah terlantar sakit dekat rumah dah lebih daripada 3 bulan. Dia dah pernah pergi tanya mana-mana doktor pakar dan jawapan diorang adalah sama. Diorang cakap Fezrul Khan normal dan tiada penyakit serius selepas discan.

Fezrul Khan tak pasti sama ada dia kena bomoh ke apa sebab dia cakap dia takde buat jahat dekat sesiapa. Kalau pasal dengki dengan rezeki dalam kerjaya dia, tak payahlah sampai guna ilmu-ilmu yang tak betul. Dia selalu rasa sakit dan sesak nafas. Jantung dan dada dia rasa sakit dan panas. Bacalah gosip sampai habis »


Ohoho! Tengok gambar memang nampak happening. Tapi takdelah crowded sangat. Mat Kepoh bila dah tua ni, tak suka sangat crowded2 ni. Wakaka.. Walau macam mana pun, Mat Kepoh bukan pergi pun Parti Rev-Up sebab tak dijemput Josh :(

Parti Rev-Up ni diadakan oleh Revive Isotonic dan kerjasama Advertlets.com. Korang tahu kan air Revive tuh? Takkan tak tau kot. Mustahil gila korang minum kopi jer setiap hari. Hehehe.. Memang tak hauslah malam tu diorang minum Revive. Huhuhu!

Sebenarnya Parti Rev-Up ni diadakan sempena grand finale untuk Rev-Up Photo & Video Contest. Jadi pada malam tu lah kesemua pemenang diketahui dan dapat ambik semua hadiah. Terima kasih kepada Advertlets sebab menghubungkan antara syarikat tempatan dan blogger.

Advertlets bertanggungjawab untuk mempromosi pertandingan yang dianjurkan Revive Isotonic melalui rangkaian blog diorang. Diorang jugak menjemput blogger yang ada dalam rangkaian Advertlets untuk sama-sama berhibur dan balik rumah nanti blogger boleh cerita dalam blog diorang. Tak sama kes macam Mat Kepoh. Hehehe.. Bacalah gosip sampai habis »