Salah seorang barisan pelakon dalam filem Lu Pikirlah Sendiri, Puteri Sarah Liyana meminta maaf dekat semua wartawan atas kesilapan dia yang mempertikaikan sorang wartawan ni dengan meminta dia bersumpah di depan Puteri Sarah sendiri bersaksikan Al-Quran.

Maybe Puteri Sarah tertekan sangat dengan konflik yang cuba memburukkan hubungan dia dengan Ammar Alfian Aziz. Dia cakap dia tak diberi peluang untuk buat sebarang penjelasan terus kena hentam. Mungkin sebab tu dia wat status Facebook macam tu. Bacalah gosip sampai habis »


Akhirnya, setelah lama menduda Imuda kahwin jugak. Paling best sekali, Imuda berkahwin dengan adik angkat sendiri. Bukan adik kandung haaaa.. Beringat sikit. Mat Kepoh rasa, tak salah pun kahwin adik angkat. Hohoho..

Tapi mengikut teori Mat kepoh sendiri, mana ada istilah beradik-adik angkat lagi dah zaman sekarang ni. Mesti ada something punya. Hehehe.. Tahniah Mat Kepoh ucapkan kepada pelukis dan pelawak Imuda yang selamat diijabkabulkan dengan Zabarina.

Senang hati anak-anak Imuda bila tengok ayah diorang dah kahwin. Bolehlah mak baru diorang tolong jaga ayah kan. Mat Kepoh tahu yang Imuda ada sakit buah pinggang masa dulu, so baguslah bila Zabarina ada. Bacalah gosip sampai habis »


Kredit Gambar : Josh.My

Wooot woooot!! Hehehe.. Kali ni Mat Kepoh nak membawakkan interview eksklusif bersama selebriti serba boleh yang semakin meningkat naik. Tak lain dan tak bukan, Juliana Evans. Weeeeee! Hehehe..

Interview ini adalah menerusi balasan email. Terima kasih atas kerjasama Advertlets, Josh dan Hanie.

Mat Kepoh : Hai, Juliana. How are u? :P

Jue : Im good thank you… (^_^)

Mat Kepoh : Mat Kepoh ada beberapa soalan nak tanya dekat Juliana and nakĀ  Juliana tahu Mat Kepoh akan paparkan soalan dan jawapan daripada Juliana dalam MatKepoh.com . Takpe kan? :P

Apa pandangan Juliana terhadap peminat sekarang yang lebih gemar untuk dapatkan info pasal artis terutama sekali artis kegemaran diorang melalui blog? And apa pendapat Juliana dengan blog MatKepoh.com?

Jue : Memandangkan sekarang ni internet sgt berleluasa, semua info yg org nak, semua boleh dpt. So I guess peminat yg nak tau cerita tentang artis2 tempatan lebih senang dr internet je. X payah keluar rumah dan keluar duit, lagipon kadang2 gossip lagi cepat sampai di dlm blog hiburan drp media cetak. Bacalah gosip sampai habis »


Adakah ini betulbetul teman lelaki baru Nora Danish? Entahlah.. Mat Kepoh pun tak tahulah nak cakap apa. Tapi menurut firasat Mat kepoh, nampak gaya macam teman lelaki baru je. Hehehe..

Asyik-asyik makan sama je ni, dating or tengah bincang pasal business baru. Ohohoh! Kalau betullah teman lelaki baru, apa salahnya kan. Nora Danish pun mesti boring asyik single je and nak elak kontroversi dengan Fasha Sandha. Bacalah gosip sampai habis »


Nampaknya persoalan mengenai rumah tangga Maya Karin terjawab. Maya Karin sendiri menafikan mengenai desas-desus penceraian dia dan suami dia.

Mat Kepoh rasa ini hanyalah satu isu yang ditimbulkan oleh pihak yang cemburu dengan kejayaan Maya Karin. Tapi dunia hiburan ni macam-macam boleh jadi. Sebab artis memang pandai bermain kata-kata.

Semoga ikatan suami isteri antara Maya Karin dan Steven kekal hingga akhir hayat. Itu harapan Mat Kepoh. Hohoh! Senyum sikit Maya Karin..


Apalah nasib abang Shidee ni, dah best-best kahwin jadi raja sehari tiba-tiba ibu mertua tak restu pulak skarang ni. Maslahnya, perkahwinan tu dah pun selamat selesai. Rupa-rupanya ibu mertua tak suka dengan abang Shidee.

Menurut sumber Mat Kepoh, ibu mertua Shidee dah buat tiga laporan polis sebelum hari pernikahan Shidee dan Siti Fairunnisa di Kuala Kubu Bharu berwalikan pakcik kepada Fairunnisa. Barangkali ini sememangnya kes yang rumit.

Ibu mertua Shidee cakap yang anak dia bawak kunci rumah kedua dia dekat Bukit Beruntung dan dia tak syak apa-apa pasal perkahwinan. Kemudian soal wali pulak, pasangan Shidee dan Fairunnisa mengugut untuk menggunakan wali hakim.. Bacalah gosip sampai habis »