Kelmarin Erry Putra and pasangan dia Adeline kena serbu dengan brader “Bikin Panas” untuk Melodi. Mat Kepoh tak ingat pulak siapa nama sebenar brader tu. Kalau korang kaki melodi mungkin korang ingat, roger Mat Kepoh ok. Apa lagi, brader Bikin Panas pun tanyalah pasangan hubungan diorang berdua.

Erry Putra memang terkaku masa tu, terkelu lidah tak tahu nak cakap apa-apa. Dia cakap dia tak suka kena serbu macam ni. Hohoh.. Biasalah artis, kenalah serbu dengan wartawan-wartwan nih. Adeline pun macam dah tak dapat cover dah, dia cakap diorang just friends. Bacalah gosip sampai habis »


Mari-mari.. Sila pilih calon untuk buat menantu. Muahaha! Mesti makcik-makcik yang sama-sama potong pisang dengan Fauziah Gous dengan Lisa Surihani ni ada offer anak lelaki diorang dekat Fauziah and Lisa. Mungkin diorang dapat closing untuk jadi menantu masa tu jugak. Muahaha!

Rajin jugak Fauziah Gous dengan Lisa tolong bergotong-royong dekat rumah anak yatim nih. Bagusla buat amal, jangan lupa tolong orang susah masa senang ni. Jangan buat perangai diva tuh. Hohoho.. Ramai jugak artis yang tolong gotong-royong rumah anak yatim n i. Nabil Raja Lawak dengan Aizat pun ada tu. Bacalah gosip sampai habis »


Bekas pelajar Akademi Fantasia ni menafikan yang dia adalah seorang yang gay. Anding cakap, dia bukanlah seorang gay atas sebab dia selalu pergi ke gym dan ada badan yg solid dan keras. Dan dia pergi ke gym bukan sebab dia nak jadi gay. Korang paham tak apa Mat Kepoh nak cakap nih? Hehehe..

Anding berasakan mungkin ada segelintir otang yang dah keliru metroseksual dengan homoseksual. Mat Kepoh pun rasa dua perkara tu berbeza. Maybe Anding kena selalu lepak dengan perempuan kot. Hohoh.. Kang orang cakap player pulak. Bacalah gosip sampai habis »


Fuiyooooo! Joe Flizzow dah ade awek seksi tu. Hehehe.. Seksi, cun dan sweet! Semuanya pakej lengkap yang ada dekat awek Joe Flizzow ni. Bertuah badan dapat awek macam ni. Miahaha! Tapi siapalah awek ni kan, macam tak pernah tengok je dekat mana-mana.

Oooooppp! Kejap2.. Hohoho.. Awek ni sebenarnya awek dalam video klip lagu Joe Flizzow je. Tapi memang benar awek ni berbikini. Video klip ni memang ok dan kreatif tapi kurang menunjukkan keMalaysiaan melainkan ada guna bahasa Melayu. Tahniah kepada Joe Flizzow, video ni memang cool!

Cuba tengok gambar-gambar lain. Lagi mantop! Bacalah gosip sampai habis »


Kesian jugak Mat Kepoh tengok Fahrin Ahmad sekarang ni. Mak dia tengah sakit, kemudian macam ada pakatan daripada tiga orang artis seperti nak menjatuhkan dia. Artis pun nak pulau artis ke? Apa nak jadi tak tahu lah kan. Bila blogger and peminat kutuk artis baru tahu pulak nak marah.

Mat Kepoh rasa hairan macam mana dulu Linda Onn tak suka dekat Scha Alyahya tapi sekarang macam dah baik sangat dan nak pulau Fahrin. Padahal Fahrin takde cakap apa-apa pun dekat media. Fahrin suruh media berfikir sendiri sebab dia takde hak nak menilai seseorang. Baik betul Fahrin ni. Bacalah gosip sampai habis »


Adushhh! Haritu Mat Kepoh ada baca paper Berita Mingguan. Macam biasalah setiap hari Ahad mesti nak baca Bipop punya. Walaupun tak beli Bipop pun dah boleh tahu sebenarnya isi-isi gosip dan perkembangan artis sekarang ni. Diorang masing-masing pun dah ada blog sendiri kan. Hehehe..

Paling menarik bagi Mat Kepoh adalah temubual dengan Nabil yang orang cakap tengah ada krisis dengan awek dia, Irma Hasnie. Dia nampak macam marah je pasal isu tu. Dia dituduh keluar tengok wayang dengan perempuan lain. Padahal sebenarnya dia tengok bertiga dan bersama suami perempuan tu pulak tu.

Itu lah yang marah sangat si Nabil ni. Dia cakap Irma Hasnie pun tahu pasal isu tu. Hubungan diorang sekarang pun makin lama makin kuat. Mat Kepoh doakan diorang bahagia. Muahaha!