
Selepas dekat nak setahun kembar Aien atau nama betulnya Nora’Ain Rahmat 30, iaitu Nora’Asikin (Ikin) bertemu jodoh dengan Asmawi Ani (Mawi), 28, kini tiba lah pulak gilirannya pula manamatkan zaman bujangnya bersama seorang jejaka yang khabarnya berstatus Datuk.
“Orangnya tidaklah terlalu kacak, tetapi sedap dipandang mata” Itulah kata Aien tentang bakal suaminnya yang dah agak berumur..Aien bakal melansungkan majlis pernikahan di Masjid Negeri Shah Alam pada 12 Disember ni lebih kurang jam 12 tengahari..Aien kata dia berdebar menunggu detik bersejarah itu dan macam tak percaya akhirnya akan bergelar isteri kepada jejaka yang dicintainya itu.Memandangkan bakal suaminya sibuk, dieorang mengambil keputusan bernikah gantung terlebih dulu. Majlis kenduri dan persandingan akan dibuat pada awal 2010.
“Pada usia begini saya memang sudah sedia menjadi isteri, namun, pada masa sama saya gementar menggalas tanggungjawab baru ini kerana ia amanah Allah untuk memastikan rumah tangga rukun dan damai.
“Sebelum ini sudah biasa hidup bersendirian dan membuat keputusan sendiri. Apabila sudah berkahwin kelak tentu semua perkara akan berkongsi bersama suami. Tidak boleh lagi saya memandai kerana hubungan yang harmoni perlukan kesepakatan, persefahaman dan tolak ansur. Tidak boleh lagi mengikut kata hati saya seorang saja.
“Kebetulan bakal suami berstatus duda anak tiga. Justeru, kasih sayang tidak hanya pada suami malah saya juga perlu berlaku adil kepada anaknya,” katanya.
“Pada pertemuan kedua kami mula berbual. Dia ahli perniagaan dan saya pula memang minat berniaga jadi banyak nasihat dan ilmu yang dicurahkan kepada saya.
“Sejak pertemuan itu, dia sudah berani menghubungi saya mengajak keluar. Selepas beberapa lama barulah kami memutuskan untuk menjalinkan hubungan serius,” katanya.
Aien cakap, dia tertawandengan sikap kepimpinan yang ada pada pasangannya itu yang sangat mengambil berat dan bertanggungjawab.
“Berbeza berkawan dengan orang muda dengan yang sudah berpengalaman seperti bakal suami ini. Pada pendapat saya, jika bercinta dengan orang muda mungkin banyak perkara dia akan ambil mudah.
“Tetapi bukan semua begitu kerana ada juga lelaki muda yang bertanggungjawab. Bakal suami saya ini juga seorang yang menyenangkan, banyak membantu dan memberi galakan kepada saya untuk menjadi insan yang lebih berjaya pada masa akan datang.
Mat Kepoh harap berkekalan lah hendaknya jodoh Aien nih dengan pilihan hatinya..Jangan jadikan artis-artis lain kat luar tu sebagai contoh..Macam main kahwin-kahwin pulak.Hari ni kahwin besok dah cerai..Ish..ish..
Tags: Aien naik pelamin, artis malaysia, Artis Melayu, artis seksi, Artis Sosial, Artis Wanita Malaysia, datuk status duda, fasha sandha, Fouziah Gous dan kekasih, gambar panas artis, gambar seksi artis, Kembar ekin, Mawi dan Ekin


One Response