
Sorang artis yang tengah meletup ni bukan main laku lagi sekarang.Maklumlah muda lagi..Muka pun market lagi..Tapi kali ni Mat kepoh bukan nak cerita pasal laku ke tak laku FG..Tapi pasal pertanyaan seorang wartawan hiburan tentang jodohnya dengan pelakon Iqram Dinzly.Ujarnya:
“Sudah empat tahun usia ukhuwah kami terjalin. Lumrah bergelar manusia kita juga tidak lepas daripada berasa jauh hati dan tidak bertegur sapa dalam beberapa tempoh waktu. Kita tidak pernah sempurna, setiap jalinan hubungan pasti ada pasang surutnya.
“Selama berkawan, kita ada kalanya mungkin keliru dengan garisan yang ditetapkan apatah lagi sebagai manusia kita ada perasaan kasih dan sayang. Zon selesa ini akhirnya sesekali mengelirukan kami sama ada perasaan sayang itu datang atas perasaan sahabat atau betul-betul cinta.
“Mungkin pada akhirnya kami rasa, perasaan itu lebih kuat sebagai sahabat. Kami pun bukan budak-budak lagi nak memikirkan cinta monyet. Setakat nak cinta sekejap, lebih baik tak payah. Saya pun sudah tiada masa untuk cinta main-main. Lebih baik kami memikirkan masa depan,” katanya yang tidak menidakkan begitu selesa berteman dengan Iqram, malah, pelakon itu juga satu-satunya kawan susah dan senangnya selain keluarga.

Emm tak kisahlah FG..Yang penting FG berterus terang dan tidak berselindung..Kan?hehe.Tapi MatKepoh tengok memang macam merpati sejoli la Iqram dengan FG..Macam ade jodoh pulak..Ape tidaknya,asyik muke dieorang je digandingkan..Bagi telefilem Catatan Kelmarin, dierang menjadi adik beradik, manakala Rembak pulak menyaksikan dierang memadu kasih sebagai pasangan cinta. Insya-Allah untuk filem Rasuk terbitan White Merpati Entertainment, FG sekali lagi bergandingan dengan Iqram sebagai pasangan suami isteri.
“Saya begitu teruja untuk menjalani penggambaran filem ini mulai 12 November lalu. Kami akan berkampung di Janda Baik, Pahang. Karakter saya sebagai Seri Melati memerlukan saya bermain dengan emosi dan ekspresi seorang wanita yang dirasuk. Menariknya, saya juga tidak akan disolek cantik untuk watak ini.
“Difahamkan, saya terpilih memegang watak itu kerana mata yang dimiliki. Tawaran untuk watak ini saya terima sejak enam bulan lalu. Insya-Allah hujung tahun, saya akan kembali ke produksi Line Clear untuk penggambaran filem Ratu.
“Kali terakhir saya terbabit dengan Line Clear bagi filem Satu Hati Dua Jiwa ialah setahun yang lalu. Insya-Allah, filem mengenai kembar siam ini akan ditayangkan di pawagam pada Januari depan. Jangan lupa nantikan filem itu ya. Saya juga akan menjadi hos bagi prelude Anugerah Skrin 2009,” katanya sambil memberitahu dramanya Kasih Tercipta sedang disiarkan di Astro.

Ape-ape pun Mat Kepoh harap FG cepat-cepat cari jodoh supaya tak dilanda gosip-gosip liar lagi.Sekejap dengan VIP lah..dengan Editor hiburanlah..Dengan rakan artis la.. ramai jugak eh??
Tags: artis malaysia, Artis Melayu, Artis Sosial, Artis Wanita Malaysia, bolos, fasha sandha, Fouziah Gous dan iqram dinzly, Fouziah Gous dan kekasih, gambar panas artis, gambar seksi artis, iqam dinzly, norman hakim dan memey suhaiza, skandal artis
No Responses