Archive for the "Penyanyi" Category

ungku ismail, zarina

Masing-masing maih lagi single kemudian bertemu pulak dalam penggambaran Syurga Ramadhan beberapa bulan lepas. Mungkin sudah jodoh diorang bila dah rasa serasi semasa berlakon atau luar waktu lakonan.

Ungku Ismail pesan tak perlu hebah-hebahkan sangat hal diorang berdua ini kerana masih terlalu awal. Tapi nanti kalau tak bagitau macam mana broo, nanti ada orang potong line nanti merana. Miahaha! Bacalah gosip sampai habis »


Tahniah Mat Kepoh ucapkan kepada Elyana dan Khairul yang dah selamat diijabkabulkan menjadi sepasang suami isteri. Setelah beberapa bulan bertunang, hari pasangan ni menjadi Raja Sehari tiba jua.

Khairul berasa gemuruh ketika majlis akad nikah sebab tengok banyak kamera dan ramai orang tengok dia akad nikah. Elyana juga sangat berdebar sebab memikirkan tanggungjawab seorang isteri dan cabaran yang bakal dihadapi menjadi isteri Khairul. Bacalah gosip sampai habis »


Nampaknya khabar angin sebelum ini bukan sengaja diada-adakan. Sememangnya Mizz Nina dan Noh Hujan mencintai satu sama lain. Tengok sekarang dah bertunang dah! Hehehe..

Tahniah Mat Kepoh ucapkan dekat merpati sejoli yang sama-sama mengetengahkan bakat muzik anak-anak Malaysia.

Detik percintan mereka bermula semasa bekerjasama dalam menghasilkan album Mizz Nina. Mungkin masa tu Mizz Nina cuit-cuit perut buncit Noh Hujan. Wakaka! Bacalah gosip sampai habis »


Wallaaweeehhhh! Makin umph laa Stacy sekarang ni. Tengok badan macam makin senang hati je. Ehehehe.. Mesti hati Stacy sekarang tengah berbunga-bunga ni kan sampai badan naik sikit. Takpelah, asalkan bahagia.

Siapa yang buat hati Stacy bahagia dan naik badan ni? Mungkinkah keluarganya? Rasanya kalau keluarga dari kecik lagi Stacy dah bam2 dah. Ehehehe… Mat Kepoh rasa sebab Akim la.. Bacalah gosip sampai habis »


Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Shamrin Fotograf yang telah meninggal dunia petang tadi.

Shamrin tiba-tiba rebah semasa bermain bola sepak di padan bola sepak Kelab Sultan Ismail akibat serangan jantung.

Ketika ini jenazahnya berada di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

Bacalah gosip sampai habis »


Kejap je masa berlalu, rasa macam baru je lagi Mat Kepoh tulis pasal Intan Sarafina dengan kekasih dia yakni suami dia sekarang. Hohoho!

Sekarang anak diorang pun dah besar dah, dah genap setahun dah si Evan Raez ni.

Mungkin Evan Raez akan mula belajar cara-cara nak mengayat perempuan lepas dah cukup setahun ni. Ahaha! Bacalah gosip sampai habis »