Archive for the "Penari" Category

Pak kepak kepak kepong! Kepong kepong kepak pak! Hahaha.. Selamat pengantin baru Mat Kepoh ucapkan kepada  pakar kesihatan dan selebriti Kevin Zahri kerana sudah selamat menjadi suami kepada Rio Elani.

Kesian Mat Kepoh tak dapat pergi. Lupa nak merayu kad jemputan dekat Kevin haritu. Heeeee.. Nampak macam gempak je majlis perkahwinan diorang ni kan.

Rio Elani sangat sweeeeet walaupun gambar pandang daripada jauh je. Kalau daripada dekat, memang cair hati ni. bertuah Kevin Zahri. Hehehehe.. Bacalah gosip sampai habis »


Wah Wah Wah! Makin lama makin rapat nampaknya, sampai pergi kenduri kahwin pun sama-sama diorang berdua ni. Ada kisah di sebaliknya ke? Hehe..

Sebelum ni Mat Kepoh tahu yang Noh Hujan dan Mizz Nina Teh Tarik Crew ni rapat sebab nak buat labum baru untuk Mizz Nina. Tapi ni sampai majlis perkahwinan Umie Aida and Datuk Khairuddin pun datang sekali. Bacalah gosip sampai habis »


Bukan Mat Kepoh saja yang terkejut dengan penyingkiran Anum daripada Akademi Fantasia 8 tapi ramai tenaga pengajar sendiri yang terkejut dengan keputusan undian ini.

Mat Kepoh rasa, Anum antara yang paling banyak potensi daripada pelajar-pelajar lain. Para pengundi lain tak nampak ke potensi Anum? Atau didorang undi hanya sekadar tengok muka?

Jangan-jangan ni konspirasi Akademi Fantasia sendiri kot. Muahaha! Pelajar Akademi Fantasia 8 yang masih ada mesti tingkatkan lagi usaha korang. Adioss!


Al-Fatihah… Mari sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada arwah Yanie Mentor yang telah pergi ke rahmatullah petang tadi akibat ketumbuhan di paru-paru.

Menurut rakan arwah Yanie, dia sudah lebih empat bulan terlantar sakit akibat ketumbuhan tersebut. Yanie merupakan penyanyi yang berbakat lahir daripada program realiti Mentor.

Dia mendapat tempat ketiga semasa musim Mentor yang dia sertai. Semoga segala jasa dan bakat yang arwah sumbangkan kepada industri muzik tanah air dikenang. Bacalah gosip sampai habis »


Hahaha.. Mat Kepoh tengok nama ni mula-mula dah gelak dah. Kalau disebut style orang Melayu, memang agak kelakar. Hohoho..

Tapi cuba korang cakap ‘ Celepet ‘ gaya omputih punya slank, memang nice je kan. Ahaks! Ni bukan geng perompak tau, tapi geng celebrity malaysia yang ada pet or haiwan peliharaan.

Ramai jugak dalam geng ni antaranya termasuk Atilia, Dynas, Sazzy Falak dan Aishah Sinclair. Baguslah diorang buat geng macam ni, boleh jugak diorang release tension masa kerja.


Mat Kepoh terasa sangat tak best bila Jimmy Shanley dah keluar daripada program Trek Selebriti sebab rasa dia memang best jadi hos program tu. Tapi sekarang Trek Selebriti nak cuba bawak satu kelainan.

Diorang ambik Aril naib johan Akademi Fantasia 7 untuk menggantikan Jimmy. Buat masa ni Mat Kepoh masih lagi kekok nak tengok Trek Selebriti dengan Aril jadi hos. Bacalah gosip sampai habis »