Archive for the "Pemuzik" Category

Hahaha.. Mat Kepoh tengok nama ni mula-mula dah gelak dah. Kalau disebut style orang Melayu, memang agak kelakar. Hohoho..

Tapi cuba korang cakap ‘ Celepet ‘ gaya omputih punya slank, memang nice je kan. Ahaks! Ni bukan geng perompak tau, tapi geng celebrity malaysia yang ada pet or haiwan peliharaan.

Ramai jugak dalam geng ni antaranya termasuk Atilia, Dynas, Sazzy Falak dan Aishah Sinclair. Baguslah diorang buat geng macam ni, boleh jugak diorang release tension masa kerja.


Mat Kepoh terasa sangat tak best bila Jimmy Shanley dah keluar daripada program Trek Selebriti sebab rasa dia memang best jadi hos program tu. Tapi sekarang Trek Selebriti nak cuba bawak satu kelainan.

Diorang ambik Aril naib johan Akademi Fantasia 7 untuk menggantikan Jimmy. Buat masa ni Mat Kepoh masih lagi kekok nak tengok Trek Selebriti dengan Aril jadi hos. Bacalah gosip sampai habis »


Radhi OAG seorang yang dikenali Mat Kepoh sebagai seorang yang berwawasan tinggi walaupun kita semua tengok dia berperangai agak gila-gila. Tapi gila-gila dia tu berkawal lah kan. Hanya untuk bergurau senda. Hohoho!

Sebelum ni dia agak sibuk dan tertekan dengan kes bersama bekas isteri. Mat Kepoh rassanya kes tu semua dah dapat diselesaikan dengan cara baik.

Ada dapat khabar berita yang Radhi sekarang ni ada menyertai kumpulan tabligh untuk dekatkan diri dengan ilmu akhirat. Bagus2! Mat Kepoh memang menyokong apa yang Radhi OAG buat ni. Bacalah gosip sampai habis »


Hari ni Mat Kepoh tengok Melodi sambil makan nasi lauk ikan bawal. Hehehe.. Nampaknya pejabat persatuan Karyawan yang Mat Kepoh tak tahu dekat mana telah dipecah masuk.

Pencuri tu masuk ikut tingkap belakang yang berjeriji besi tapi telah diumpil pencuri tersebut. Kemudian tingkap dipecah untuk memudahkan diorang masuk dan batu hal dalam tu.

Ada beberapa komputer telah dicuri dan beberapa buah gitar. Apa yang menghairankan ahli Karyawan, mereka tidak mengambil barang berharga kerana ada banyak lagi barang berharga yang diorang boleh ambil. Bacalah gosip sampai habis »


Tak selesai lagi pelakon kena tahan sebab dikatakan mengedar dadah, timbul pulak kes baru mengenai seorang gitaris kumpulan rock miliki dadah. Malahan dia disahkan positif dadah!

Mat Kepoh pun dah pening dengan dunia hiburan sekarang. Mitos yang selalu timbul kalau gitaris layan dadah sebab nak bagi tenaga masa perform tu. Ramai kaki gossip yang tanya dekat Mat Kepoh pasal ni.

Masing-masing tanya siapa yang kena tangkap tu dan ahli band mana? Mat Kepoh sendiri tak tahu dan ada jugak dengar-dengar diorang dah mula cakap hint-hint gitaris tu. Bacalah gosip sampai habis »