Archive for the "Pemuzik" Category

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Shamrin Fotograf yang telah meninggal dunia petang tadi.

Shamrin tiba-tiba rebah semasa bermain bola sepak di padan bola sepak Kelab Sultan Ismail akibat serangan jantung.

Ketika ini jenazahnya berada di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

Bacalah gosip sampai habis »


Usahawan berjaya, Datuk Sani Salleh yang sebelum ini seorang artis sudah pun berkahwin dengan tunangnya(kini isteri) semalam kalau tak silap Mat Kepoh.

Majlis perkahwinan yang meriah tersebut diadakan di Ri-Yaz Heritage/Marina Resort and Spa, Pulau Duyong. Selamat pengantin baru Mat Kepoh ucapkan kepada Datuk Sani dan isterinya.

Nanti dah beristeri nanti jangan lupa pulak dengan bas-bas tu ya Datuk Sani. Miahahaha! Just kidding! Bacalah gosip sampai habis »


anak cat farish

Comelnyaaaaa!! Itu yang keluar daripada mulut awek-awek Mat Kepoh yang berada di keliling pinggang Mat Kepoh. Ehehehe! Tapi memang comelkan anak Cat Farish yang kedua ni.

Nama baby girl ni Eva Latheefa. Memang nama zaman-zaman moden ni. Diselitkan dengan nama yang keislaman memang nampak sesuai untuk baby girl ni. Korang rasa ada sama macam muka Cat Farish tak? Ahahaha! Bacalah gosip sampai habis »


Lepas je Mat Kepoh tengok gambar ni, mulut Mat Kepoh berbunyi perghhhhhhh! Agak debab jugaklah Elyana sekarang ni. Dulu masa zaman sekolah menengah ada hati jugak dengan Elyana ni.

Tapi lepas tengok gambar ni, Mat Kepoh TAKAJUT! Haha.. Memang dieja macam tu.. Hairan macam mana Elyana dulu slim kini agak berisi.

Gambar dekat atas ni adalah untuk Dunia Baru Reunion, dan berat badan Opie, watak Elyana dah cecah 100kg. Korang jangan terkejut sangat sebab tu sekadar lakonan. Bacalah gosip sampai habis »


Alamaaakk.. Ada lagi kontroversi baru melibatkan ahli band Hujan. Kali ni Noh Hujan sendiri. Mat Kepoh dapat tahu pun lepas tengok Melodi tengah hari tadi.

Ada student perempuan UNISEL yang minta Noh tolong autograf dekat satu kertas ni. Kemudian Noh tulis “Awak Busuk” pada kertas tu. Tergamam jap Mat Kepoh.. Bacalah gosip sampai habis »


Setelah 9 bulan lebih kurang mengandung, anak kepada rockstar Amy Search iaitu Nabila Huda sudah pun selamat melahirkan baby pertamanya.

Nama anak Nabila Huda bernama Keisha Laila dan Mat Kepoh sangat pasti bayi tersebut adalah bayi perempuan. Korang rasa-rasa macam mana? Haha.. Laki ke perempuan?

Mat Kepoh ucapkan tahniah kepada Nabila Huda dan suami serta datuk kepada baby tu, Amy Search sendiri. Dah jadi atok dah Amy Search ni. Hohohoh.. Bacalah gosip sampai habis »