Archive for the "Pelakon" Category

Hari ni Mat Kepoh tengok Melodi sambil makan nasi lauk ikan bawal. Hehehe.. Nampaknya pejabat persatuan Karyawan yang Mat Kepoh tak tahu dekat mana telah dipecah masuk.

Pencuri tu masuk ikut tingkap belakang yang berjeriji besi tapi telah diumpil pencuri tersebut. Kemudian tingkap dipecah untuk memudahkan diorang masuk dan batu hal dalam tu.

Ada beberapa komputer telah dicuri dan beberapa buah gitar. Apa yang menghairankan ahli Karyawan, mereka tidak mengambil barang berharga kerana ada banyak lagi barang berharga yang diorang boleh ambil. Bacalah gosip sampai habis »


Setiap orang melakukan kesilapan lebih-lebih lagi jika orang tu seorang artis ataupun selebriti. Tidak terlepas juga dengan Ammar Alfian Aziz bintang baru yang terjebak dengan kontroversi panas baran dia.

Setelah sekian lama mendiam diri, Ammar akhirnya memohon kemaafan secara terbuka depan sebilangan besar wartawan di Malaysia ni. Dia yang sebelum ni mengaku panas baran dan tidak berfikir panjang sebelum membuat kenyataan di Facebook.

Dah lama dah kontoversi ni berlalu dan Mat Kepoh rasa wartawan dah boleh maafkan Ammar ni. Kalau dia salah, tolong tunjukkan dia ciri dan perilaku yang betul untuk seorang artis. Mana tahu lepas ni Ammar boleh jadi lagi baik kan? Bacalah gosip sampai habis »


Kemesraan dan kemanjaan di antara Awal Ashaari and Scha Al-Yahya tidak dapat disangkal lagi dengan gambar mesra diorang berdua di atas. Nampak gambar ni macam gambar A Lot Like Love. Hehehe..

Apa kata mana-mana pengarah ambil diorang berdua ni berlakon bersama-sama and buat filem macam A Lot Like Love tu. Mesti meletup Mat Kepoh rasa. Bacalah gosip sampai habis »


Wow! Mat Kepoh sebenarnya memang sangat-sangat takut dengan anjing dan amat-amat kagum dengan keberanian Sharifah Sofia yang dengan slumber yaya nye bermain-main dengan anjing.

Anjing ni bukan anjing Sharifah Sofia tapi maybe anjing jiran atau kawan-kawan dia. Maybe Sharifah Sofia tak patut upload gambar ni dekat public sebab masyarakat Malaysia yang sangat sensitif.

Mat Kepoh rasa tak salah kalau kita bermesra dengan anjing tapi kena la bersihkan diri lepas tu dengan cara sepatutnya. Kalau anjing tu dalam keadaan kering lagilah takpe. Cuma kalau dah kena jilat and gigit-gigit manja tu kenalah bersihkan ya. Bacalah gosip sampai habis »


Ini antara berita paling gempar yang Mat Kepoh dapat tahu setelah sekian lama tak update blog Mat Kepoh ni. Mat Kepoh masih ragu-ragu nak percaya atau tidak mengenai isu ini.

Ramai yang dah heboh cakap mengenai Benjy anak kepada pelakon veteran Azean Irdawaty telah ditangkap kerana terbabit mengedar dadah. Mengiku laporan daripada paper, boleh tahan berat dadah jenis kokain dan syabu tu.

Jika disabit dan didapati bersalah, Benjy boleh dihukum gantung. Mat Kepoh memang suka lakonan Benjy masa zaman dia muda-muda dulu dan terbaru tahun lepas lakonan Benjy dalam drama Saerah. Bacalah gosip sampai habis »


Ingatkan takdelah ramai sangat yang terkena dengan isu amah dera anak ni. Rupanya ramai gila yang terkena sampai artis pun terkena penangan amah yang kadang-kadang tak betul nih.

Anak Eja pernah berdarah dekat bibir and tangan tapi Eja and suami tak bajet pulak amah diorang punya kerja. Tapi lama kelamaan perangai amah dia keluar. Bacalah gosip sampai habis »