Archive for the "Model" Category

Akhrinya dah lama bercuti dekat negeri Datuk Bung Mokhtar, pasangan bahagia ni pulang ke ibukota Kuala Lumpur. Diorang nampak gembira je dan nampak macam tidak kesah dengan pihak media. Mat Kepoh rasa diorang dah berasa cool dan tidak cuak dengan pihak media supaya diorang tidak disensaikan lagi.

Muahaha! Bijak sungguh Datuk Bung Mokhtar. Selepas ini mungkin diorang masing-masing akan kembali menjalankan tugas masing-masing. Mungkinkah Zizie Ezette akan meneruskan kerjayanya dalam bidang hiburan atau sekadar memerhati industri hiburan kita. Sama-sama kita sakskikan. Hehehe.. Bacalah gosip sampai habis »


Tahniah Mat Kepoh ucapkan kepada pasangan suami isteri yang tengah bahagia sekarang, Zizie Ezette dan Datuk Bung Mokhtar. Makin lama makin secocok pulak Mat Kepoh tengok. Hehehe.. Masa kecik-kecik dulu ada jugak hasrat nak kahwin dengan Zizie Ezette. Tapi meandangkan bila dah masuk darjah 6 baru tahu jarak umur Mat Kepoh dengan dia jauh beza. Wakakaka!

Gambar ni diambil daripada ahli Forum Cari iaitu Debra. Jelas dan nyata ada watermark Debra dekat semua gambar-gambar Zizie Ezette dan Datuk Bung Mokhtar ni. Debra cakap yang gambar ni adalah semasa diorang berdua tengah bergembira di Kota Kinabalu. Zizie Ezette ni dah jadi isteri Datuk Bung Mokhtar dan Datuk ada hak untuk menggembirakan isterinya. Hohoho.. Kalaulah Mat Kepoh macam Datuk Bung Mokhtar kan best.

Jom tengok gambar diorang yang lain! Bacalah gosip sampai habis »


Bapak mahal rumah Zahida Rafik. Banyak betul duit dia ek beli rumah semahal tu. Tak tahulah Mat Kepoh macam manalah rupanya rumah bernilai RM3 Juta tu. Orang cakap Zahida Rafik ni duduk dekat Bukit Antarabangsa dan Mat Kepoh rasa rumah area situ memang mahal-mahal kan? Korang ade rumah dekat situ tak? Hohoho..

Ada jugak benda tak sedap yang Mat Kepoh tahu pasal Zahida Rafik. Diorang cakap yang Zahida Rafik ni memang ada sugar daddy dan selalu belanja Zahida Rafik macam-macam. dah kira sponsor hidup Zahida Rafik la. Tak tahulah betul ke tidak sebab Mat Kepoh tahu yang Zahida Rafik ni suka berniaga. Jadi mungkin semua benda best-best yang dia ada guna duit daripada perniagaan dia lah kan.

Kalau korang ada apa-apa info pasal Zahida Rafik ni roger2 la Mat Kepoh dol.


Mat Kepoh takdelah terkejut sangat dengan gosip pasal Remy Ishak dengan Tiz Zaqyah ni. Memang dah boleh bajet dah diorang akan rapat. Ya lah, kalau ditengokkan sepanjang perjalanan drama Nur Kasih tu, memang sah-sah diorang boleh rasa ada chemistry antara diorang sendiri.

Kalau dah berlakon dengan penuh perasaan tu, kompom2 la kan ada perasaan yang timbul. Hohoho.. Biasalh, lumrah manusia kot. Buat masa ni Remy Ishak memang mengaku dia makin rapat dengan Tiz Zaqyah. Tiz Zaqyah sendiri cakap pulak, buat masa ni diorang hanya kawan saja. Hehehe.. Buat masa ni, buat masa depan lain la pulak. Miahahaha! Bacalah gosip sampai habis »


Baru je lepas bertunang haritu. Bagi mengeratkan lagi pertuanangan diorang berdua, Dr Sheikh Muzaffar,dan tunang pergi bercuti dekat Langkawi. Ehem2, baik-baik pergi Langkawi tu. Jangan buat benda bukan-bukan. Hohoh! Maybe Dr Sheikh Muzaffar ada tugas penting dekat situ and dia bawak family dia termasuk dia pergi bercuti sekali kan.

Hari tu Mat Kepoh tak berkesempatan nak tengokĀ  diorang berdua bertunang dekat Allson Klana Seremban. Takdelah jauh mana. Tapi ada hal yang lagi penting untuk Mat Kepoh lakukan. Hohoho.. Moga-moga diorang berdua ni cepatlah kahwin ya. Amiiiinn…


Mak aihhh! Kesian la pulak dekat Gulatis. Asyik-asyik kena saman je diorang nih. Mat Kepoh rasa sekarang ni dah memang zaman artis dan model saman-menyaman company yang guna gambar diorang buat iklan. Tony Eusoff dan Diana Johor masing-masing saman Gulatis tu RM500,000.00 setiap sorang. Bapak banyak!

Kesian jugak Mat Kepoh tengok Gulatis ni. Diorang kena saman sebab gunakan gambar model yang diorang dah pernah bayar dulu selepas tamat tempoh sepatutnya. Tapi nak buat macam mana, dah memang diorang salah. Mesti semua tu dah ada hitam putih. Model pun kena jaga hak kepentingan diorang kan. Kalau tak nanti jatuh standard diorang. Bacalah gosip sampai habis »