Archive for the "Gambar Panas" Category

Lepas je Mat Kepoh tengok gambar ni, mulut Mat Kepoh berbunyi perghhhhhhh! Agak debab jugaklah Elyana sekarang ni. Dulu masa zaman sekolah menengah ada hati jugak dengan Elyana ni.

Tapi lepas tengok gambar ni, Mat Kepoh TAKAJUT! Haha.. Memang dieja macam tu.. Hairan macam mana Elyana dulu slim kini agak berisi.

Gambar dekat atas ni adalah untuk Dunia Baru Reunion, dan berat badan Opie, watak Elyana dah cecah 100kg. Korang jangan terkejut sangat sebab tu sekadar lakonan. Bacalah gosip sampai habis »


Gambar ni Mat Kepoh tak tahu siapa sebenarnya yang amik. Rasanya budak-budak forum jugak lah. Memang respek diorang ni sangat rajin spy! Ehehehe…

Kali ni diorang dapat amik gambar Awal Ashaari dan Scha Al-yahya bersama-sama dating dekat The Curve. Mat Kepoh rasa diorang ni dah tak perlu bersorok-sorok lagi.

Takut nanti jadi ular orok-orok pulak. Muahahaha! Apa-apa pun kita sebagai peminat dunia hiburan kena doakan kebahagiaan mereka berdua. Bacalah gosip sampai habis »


Nampaknya Satria Neo R3 Lotus dah berjaya pecah market artis. Hohoho.. Rosyam Nor jadi orang pertama yang beli kereta ni. Kaki racing jugak Rosyam Nor ni ek..

Mat Kepoh tak mampu lagi nak beli kereta ni la. Kalau tak dah beli lagi awal daripada Rosyam Nor dah. Muahaha! Sorry ya bang, gurau je.. Ngeeee…


Alamaaakk.. Ada lagi kontroversi baru melibatkan ahli band Hujan. Kali ni Noh Hujan sendiri. Mat Kepoh dapat tahu pun lepas tengok Melodi tengah hari tadi.

Ada student perempuan UNISEL yang minta Noh tolong autograf dekat satu kertas ni. Kemudian Noh tulis “Awak Busuk” pada kertas tu. Tergamam jap Mat Kepoh.. Bacalah gosip sampai habis »


Inilah gambar anak Nabila Huda, Keisha Laila. Hehehehe… Tembamnya! Tak tahulah berapa kg berat badan Keisha ni masa lahir hari tu.

Nanti dah lama-lama nanti nampak la aura kecomelan seorang baby. Sekarang ni baru-baru lahir belum nampak sangat lagi kan. Bacalah gosip sampai habis »


Setelah 9 bulan lebih kurang mengandung, anak kepada rockstar Amy Search iaitu Nabila Huda sudah pun selamat melahirkan baby pertamanya.

Nama anak Nabila Huda bernama Keisha Laila dan Mat Kepoh sangat pasti bayi tersebut adalah bayi perempuan. Korang rasa-rasa macam mana? Haha.. Laki ke perempuan?

Mat Kepoh ucapkan tahniah kepada Nabila Huda dan suami serta datuk kepada baby tu, Amy Search sendiri. Dah jadi atok dah Amy Search ni. Hohohoh.. Bacalah gosip sampai habis »