
Al-Fatihah… Mari sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada arwah Yanie Mentor yang telah pergi ke rahmatullah petang tadi akibat ketumbuhan di paru-paru.
Menurut rakan arwah Yanie, dia sudah lebih empat bulan terlantar sakit akibat ketumbuhan tersebut. Yanie merupakan penyanyi yang berbakat lahir daripada program realiti Mentor.
Dia mendapat tempat ketiga semasa musim Mentor yang dia sertai. Semoga segala jasa dan bakat yang arwah sumbangkan kepada industri muzik tanah air dikenang. Bacalah gosip sampai habis »

Mat Kepoh nak update sikit mengenai perkahwinan aktor kacak Malaysia sorang ni, Zizan Nin. Zizan Nin nampak macam muda tapi rupanya dah berumur jugak. Mat Kepoh tersilap jangka berapa umur dia. Ahahaha…

Umur Zizan Nin sebenarnya mencecah 37 tahun. Fuhhh! Muka maintain lagi tuuuu.. Majlis persandingan Zizan Nin dan isterinya, Fazilah Hani berlangsung dengan meriah di Dewan Perdana Felda. Bacalah gosip sampai habis »

Nampaknya nasib bro Zizan Raja Lawak kembali single mingle. Jika sebelum ni berawekkan Leez bekas pelajar Akademi Fantasia, sekarang ni yang boleh setakat berawekkan bantal peluk jer lah.
Mat Kepoh dapat tahu daripada sumber yang Zizan Raja Lawak dah pun putuskan hubungan dia dengan Leez dan semuanya bersebab. Tak seperti yang Mat Kepoh dengar sebelum ni.
Sebelum ni dengarnya Zizan Raja Lawak tinggalkan Leez begitu saja maka terkontang-kantinglah Leez di situ. Rupanya masih ada rahsia yang belum diungkap. Bacalah gosip sampai habis »

Ooooo.. Mat Kepoh baru tahu yang sekarang ni Ziana Zain pun dah terlibat dengan rancangan realiti yang mencari bakat nyanyian, Mentor. Sebagai seorang mentor, Ziana Zain masih lagi tercari-cari protegenya.
Akak Ziana Zain cakap dia hanya mahukan protege yang bagus sahaja. Dia taknak yang tak bagus sebab dia tak mahu nama dia jadi tak elok nanti. Susah jugak nak jadi protege Ziana Zain ni ek. Bacalah gosip sampai habis »

Selepas orang ramai diberitahu yang Zizan Nin akan berkahwin dengan pembaca berita Ntv7, Fazilah Hani, ramai yang tertunggu berlangsungnya perkahwinan diorang ni.
Maka di sini Mat Kepoh nak kongsikan dengan semua peminat Zizan Nin gambar perkahwinan diorang. Ni baru gambar selepas majlis akad nikah. Hohohoh..
Gambar persandingan akan menyusul nanti. Sama-sama kita nantikan gambar detik manis Zizan Nin dan Fazilah hani bergelar suami isteri. Bacalah gosip sampai habis »

Kes tertangkapnya Benjy anak kepada seniwati Azean Irdawaty masih lagi belum selesai. Malahan penahan reman ke atas Benjy dilanjutkan lagi sehingga 25 Mac depan.
Besar betul dugaan yang ditimpa anak beranak ni. Sebelum ini Azean Irdawaty diduga dengan kesihatan Azean Irdawaty yang terjejas dan kini anaknya pula dikatakan mengedar dadah jenis kokain dan syabu.
Mat Kepoh berharap Benjy berada di pihak yang betul. Kita tengok lagi kes ni macam mana ya. Tungguuuu…