Archive for the "Celebrity" Category

Adushhh! Haritu Mat Kepoh ada baca paper Berita Mingguan. Macam biasalah setiap hari Ahad mesti nak baca Bipop punya. Walaupun tak beli Bipop pun dah boleh tahu sebenarnya isi-isi gosip dan perkembangan artis sekarang ni. Diorang masing-masing pun dah ada blog sendiri kan. Hehehe..

Paling menarik bagi Mat Kepoh adalah temubual dengan Nabil yang orang cakap tengah ada krisis dengan awek dia, Irma Hasnie. Dia nampak macam marah je pasal isu tu. Dia dituduh keluar tengok wayang dengan perempuan lain. Padahal sebenarnya dia tengok bertiga dan bersama suami perempuan tu pulak tu.

Itu lah yang marah sangat si Nabil ni. Dia cakap Irma Hasnie pun tahu pasal isu tu. Hubungan diorang sekarang pun makin lama makin kuat. Mat Kepoh doakan diorang bahagia. Muahaha!


Oooooo.. Baru Mat Kepoh tau yang Fasha Sandha ni memang hisap rokok eyyy. Haaaaa.. Kantoi.. Babab nanti baru tau Fasha Sandha ni. Tak elok tau hisap rokok untuk ladies macam u ni Fasha Sandha. Nanti rahim ada problem susah nanti. Mat Kepoh pun tak hisap rokok tau.

Sebelum ni pernah dengar dan tengok gambar Fasha Sandha pegang rokok. Tapi Fasha Sandha menafikannya yang dia kuat hisap rokok. Tapi lepas Mat Kepoh tengok gambar ni. Memang nampak kepakaran Fasha menghisap. Aishhh! Kalah Mat Kepoh. Tapi Mat Kepoh memang tak nak hisap rokok sampai bila-bila. Tade duit la. Hehehehe..

Bacalah gosip sampai habis »


Mat Kepoh kalau tengok Lana Nordin ni memang kena pergi minum air jap. Haus dibuatnya! Muahaha! Tak dinafikan Lana Nordin memang terkenal dengan perwatakan seksi dia. Korang pernah jumpa Lana Nordin depan-depan tak? Mat Kepoh kalau jumpa, nak ajak amik gambar macam ni sekali la. Tak tahu kenapa, tapi macam suka je. Ehehehe..

Kalau tak silap Mat Kepoh, hari tu ada dengar-dengar yang Lana Nordin nak ceburi bidang perniagaan. Fuhh! Pandai cari duit, body pun mantap, memang mantaplah kesemuanya. Auummm! Mat Kepoh nak jadi adik angkat boleh? Ahaks..


Tahniah Mat Kepoh ucapkan kepada Stacy kerana diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Lim Kok Wing. Tapi Mat Kepoh tak pasti samada Stacy ni ditaja sepenuhnya kerana Mat Kepoh rasa Stacy dah boleh bayar yuran college sendiri. Kalau masa zaman sebelum dia menjadi artis lain lah kan.

Ada jugak yang menjadi isu. Stacy tidak mempunyai sijil SPM dan masakn dia boleh melanjutkan pelajaran. Rasanya sijil SPM amat penting sekali sebenarnya bagi mana-mana IPTA mahupun IPTS. Mungkin Lim Kok Wing bagi kelonggaran untuk Stacy. Pandai betul Lim Kok Wing buat marketing. Hehehe.. Bacalah gosip sampai habis »


Alahaiiii.. Kesian Mat Kepoh tengok Maya Karin. Baru je nak mulakan karier baru sebagai pengacara Nona, dah ada yang bersuara sumbang. Ada yang cakap tak suka gaya Maya Karin mengacara Nona. Maybe diorang tu terlalu suka dengan pengacara sebelum ni kot. Hoho..

Diorang kena tau, setiap host atau pengacara mempunyai gaya dan personaliti berbeza. Pembawakan mestilah berbeza kan. Harap-harap yang tak puas hati sabar la jugak, tak lama lagi boleh ngam punya Maya Karin dengan Nona. Sebelum ni ramai je suka Maya Karin jadi pengacara satu program dekat Astro Ria dulu.


Waaaaa! Mentang-mentanglah korang lagi putih daripada Mat Kepoh, dengan selambanya korang bermandikan cahaya matahari ek. Mat Kepoh ni mandi dengan air sejuk je, tak pernah try lagi dengan cahaya yang panas terik. Wohoho! Nanti jadi hitam terus baru hang tau.

Tapi nampak gayanya Beckahm dah macam tak minat dengan Victoria Posh lagi je. Hohoho.. Tau la dah give birth kat dua orang baby sebelum ni. Ganyut jadinya! Muahaha! Bacalah gosip sampai habis »