Ohoho! Tengok gambar memang nampak happening. Tapi takdelah crowded sangat. Mat Kepoh bila dah tua ni, tak suka sangat crowded2 ni. Wakaka.. Walau macam mana pun, Mat Kepoh bukan pergi pun Parti Rev-Up sebab tak dijemput Josh :(

Parti Rev-Up ni diadakan oleh Revive Isotonic dan kerjasama Advertlets.com. Korang tahu kan air Revive tuh? Takkan tak tau kot. Mustahil gila korang minum kopi jer setiap hari. Hehehe.. Memang tak hauslah malam tu diorang minum Revive. Huhuhu!

Sebenarnya Parti Rev-Up ni diadakan sempena grand finale untuk Rev-Up Photo & Video Contest. Jadi pada malam tu lah kesemua pemenang diketahui dan dapat ambik semua hadiah. Terima kasih kepada Advertlets sebab menghubungkan antara syarikat tempatan dan blogger.

Advertlets bertanggungjawab untuk mempromosi pertandingan yang dianjurkan Revive Isotonic melalui rangkaian blog diorang. Diorang jugak menjemput blogger yang ada dalam rangkaian Advertlets untuk sama-sama berhibur dan balik rumah nanti blogger boleh cerita dalam blog diorang. Tak sama kes macam Mat Kepoh. Hehehe..

Macam-macam aktiviti yang diadakan. Walaupun Mat Kepoh tak pergi, tapi Mat Kepoh tahulah sikit-sikit apa yang diorang semua buat malam tu. Hihihih.. Ramai artis jugak yang terlibat malam tu. Antaranya top DJ-DJ radio tempatan kita, ahli band Hujan dan Pop Shuvit, Ferhad, Juliana Evans dan ramai lagi.

Semua yang terlibat nampaknya gembira dan sangat puas malam tu. Muahaha! Rugi Mat Kepoh tak dapat pergi. Haiyoooo.. Mintak-mintak lepas ni kalau ada peluang, nak jugak Mat Kepoh lepak dengan diorang. Kalau korang nak tengok lagi banyak lagi gambar masa malam tu, korang boleh usyar dekat blog Hanie Hidayah and Smashpop.

Kredit Gambar : Mynjaz.com & Advertlets.com

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay

Tags: , , , , , , , , ,