
Belum lagi reda isu penceraian di antara Norman Hakim dan Abby Abadi, kini datang lagi satu kontroversi mengenai kesan daripada penceraian tersebut. Aku rasa kontroversi ini memang membuatkan segelintir rakyat Malaysia dan para peminat setia seni hiburan kecewa dengan sikap Abby. Belum habis lagi tempoh idah, dia sudah bermesra-mesraan dengan pelakon baru yang agak kacak iaitu Zulkifli Arifin ataupun lebih dikenali sebagai Zul. Kalau aku jadi Norman Hakim, aku pun agak kecewa dengan perbuatan si Abby ni walaupun sebelum ni aku dah buat hal dengan Memey Suhaiza. Hehehe.. Abby dan Zul telah dikantoikan oleh para wartawan yang mendapat maklumat mengenai mereka yang pergu bercuti di Hong Kong dan China berdua. Ada yang nampak sebelum mereka berlepas ke China, mereka kelihatan asyik bermesraan bagaikan Laila dan Majnun. Hoho! Zul beritahu pada wartawan yang diorang ni pergi ke sana atas urusan ‘business‘. Aduhaiii! Aku rasa diorang tak dapat fikir alasan yang paling munasabah kot. Besar betul urusan diorang sampai perlu pergi ke sana. Dekat Malaysia ni dah tak ada resource lagi ke? Masa aku tengok segmen terjah di Melodi, si Abby ni jawab agak tergagap-gagap juga sambil memandang-memandang ke arah Zul di bonet kereta. Hoho! Dahlah sebelum diorang berdua ditemuramah, diorang lepak dekat dalam airport tu selama 4 jam. Kononnya nak tunggu wartawan cabut dulu la. Sorrylah jack! Story hangat ni confirm sanggup tunggu. Hohoho! Nanti aku cuba uploadkan video terjah ni nanti.

Zul kononnya ‘cool’ jawab soalan

Apa la dalam beg ni agaknya kan?

Mungkin ahli keluarga Zul

Michele Melodi datang terjah

Kalau jawab dengan jujur, baguslah
Tags: abby abadi dan norman hakim, abby abadi dan zul, abby abadi dan zulkifli gerak khas, abby dan zulkifli bercuti di hong kong china, drama gerak khas abby abadi dan zul, gambar abby abadi dan zulkifli, kes penceraian abby abadi dan norman hakim, norman hakim dan memey suhaiza
3 Responses