March 2010 Archives

Mat Kepoh terasa sangat tak best bila Jimmy Shanley dah keluar daripada program Trek Selebriti sebab rasa dia memang best jadi hos program tu. Tapi sekarang Trek Selebriti nak cuba bawak satu kelainan.

Diorang ambik Aril naib johan Akademi Fantasia 7 untuk menggantikan Jimmy. Buat masa ni Mat Kepoh masih lagi kekok nak tengok Trek Selebriti dengan Aril jadi hos. Bacalah gosip sampai habis »


Weeeeeeee!! Mat Kepoh suka tengok Ella and suka dengar cara dia cakap. Manja sangat-sangat membuatkan hati Mat Kepoh kecairan. Ahaks! Sekarang Mat Kepoh nak korang tengok keremajaan Ella ni.

Agak lama jugak tak kedengaran cerita ratu rock Malaysia ni. Siapa tak kenal dengan Ella yang famous dengan lagu sukan Komanwel 1998 dulu tu. Layan dow! Huhuhu.. Bacalah gosip sampai habis »


Feeewiiit!! Akhirnya Umie Aida sudah pun mennjadi isteri orang. Hohoho.. Melepaslah bagi sesiapa yang masih menyimpan hasrat untuk beristerikan Umie Aida nih.

Diorang berdua, Umie Aida dan Datuk Khairuddin dah pun selamat dinikahkan di kota suci Mekah. Wow! Kalau bernikah dekat Mekah ni mesti dapat keberkatan yang melimpah ruah ni. Bacalah gosip sampai habis »


Radhi OAG seorang yang dikenali Mat Kepoh sebagai seorang yang berwawasan tinggi walaupun kita semua tengok dia berperangai agak gila-gila. Tapi gila-gila dia tu berkawal lah kan. Hanya untuk bergurau senda. Hohoho!

Sebelum ni dia agak sibuk dan tertekan dengan kes bersama bekas isteri. Mat Kepoh rassanya kes tu semua dah dapat diselesaikan dengan cara baik.

Ada dapat khabar berita yang Radhi sekarang ni ada menyertai kumpulan tabligh untuk dekatkan diri dengan ilmu akhirat. Bagus2! Mat Kepoh memang menyokong apa yang Radhi OAG buat ni. Bacalah gosip sampai habis »


Hari ni Mat Kepoh tengok Melodi sambil makan nasi lauk ikan bawal. Hehehe.. Nampaknya pejabat persatuan Karyawan yang Mat Kepoh tak tahu dekat mana telah dipecah masuk.

Pencuri tu masuk ikut tingkap belakang yang berjeriji besi tapi telah diumpil pencuri tersebut. Kemudian tingkap dipecah untuk memudahkan diorang masuk dan batu hal dalam tu.

Ada beberapa komputer telah dicuri dan beberapa buah gitar. Apa yang menghairankan ahli Karyawan, mereka tidak mengambil barang berharga kerana ada banyak lagi barang berharga yang diorang boleh ambil. Bacalah gosip sampai habis »


Setiap orang melakukan kesilapan lebih-lebih lagi jika orang tu seorang artis ataupun selebriti. Tidak terlepas juga dengan Ammar Alfian Aziz bintang baru yang terjebak dengan kontroversi panas baran dia.

Setelah sekian lama mendiam diri, Ammar akhirnya memohon kemaafan secara terbuka depan sebilangan besar wartawan di Malaysia ni. Dia yang sebelum ni mengaku panas baran dan tidak berfikir panjang sebelum membuat kenyataan di Facebook.

Dah lama dah kontoversi ni berlalu dan Mat Kepoh rasa wartawan dah boleh maafkan Ammar ni. Kalau dia salah, tolong tunjukkan dia ciri dan perilaku yang betul untuk seorang artis. Mana tahu lepas ni Ammar boleh jadi lagi baik kan? Bacalah gosip sampai habis »