March 2010 Archives

Ooooo.. Mat Kepoh baru tahu yang sekarang ni Ziana Zain pun dah terlibat dengan rancangan realiti yang mencari bakat nyanyian, Mentor. Sebagai seorang mentor, Ziana Zain masih lagi tercari-cari protegenya.

Akak Ziana Zain cakap dia hanya mahukan protege yang bagus sahaja. Dia taknak yang tak bagus sebab dia tak mahu nama dia jadi tak elok nanti. Susah jugak nak jadi protege Ziana Zain ni ek. Bacalah gosip sampai habis »


Selepas orang ramai diberitahu yang Zizan Nin akan berkahwin dengan pembaca berita Ntv7, Fazilah Hani, ramai yang tertunggu berlangsungnya perkahwinan diorang ni.

Maka di sini Mat Kepoh nak kongsikan dengan semua peminat Zizan Nin gambar perkahwinan diorang. Ni baru gambar selepas majlis akad nikah. Hohohoh..

Gambar persandingan akan menyusul nanti. Sama-sama kita nantikan gambar detik manis Zizan Nin dan Fazilah hani bergelar suami isteri. Bacalah gosip sampai habis »


Kes tertangkapnya Benjy anak kepada seniwati Azean Irdawaty masih lagi belum selesai. Malahan penahan reman ke atas Benjy dilanjutkan lagi sehingga 25 Mac depan.

Besar betul dugaan yang ditimpa anak beranak ni. Sebelum ini Azean Irdawaty diduga dengan kesihatan Azean Irdawaty yang terjejas dan kini anaknya pula dikatakan mengedar dadah jenis kokain dan syabu.

Mat Kepoh berharap Benjy berada di pihak yang betul. Kita tengok lagi kes ni macam mana ya. Tungguuuu…


Hahaha.. Mat Kepoh tengok nama ni mula-mula dah gelak dah. Kalau disebut style orang Melayu, memang agak kelakar. Hohoho..

Tapi cuba korang cakap ‘ Celepet ‘ gaya omputih punya slank, memang nice je kan. Ahaks! Ni bukan geng perompak tau, tapi geng celebrity malaysia yang ada pet or haiwan peliharaan.

Ramai jugak dalam geng ni antaranya termasuk Atilia, Dynas, Sazzy Falak dan Aishah Sinclair. Baguslah diorang buat geng macam ni, boleh jugak diorang release tension masa kerja.


Yeay! Selamat hari jadi Mat Kepoh ucapkan kepada Dynas Mokhtar yang tengah sarat mengandung ni. Hari jadi Dynas masa 8 Mac lepas. Mesti ramai geng-geng Dynas yang datang.

Pelakon Di Bawah Ketiak Isteri 2 datang tak? Muahaha! Kalau datang memang haruk-pikuk la masa birthday party tu kan. Bilalah agaknya Dynas nak terberanak ni, tak sabar nak tengok baby dia.

Mesti comel macam Dynas jugak. Ohohoh.. Cuba korang tengok gambar dekat bawah ni. Mesti korang tak sangka kan? Bacalah gosip sampai habis »


Comelnya Intan Ladyana bila dia kenakan tudung dekat kepala. Comel sangat and sweeeeeeetttt sangat. Hohoho.. Bertuah betul siapa dapat rebut hati Intan Ladyana jadi isteri.

Ni bukan gambar Intan Ladyana masa sekolah tau, ni gambar dia berpakaian macam budak sekolah untuk drama Jiwa Kacau yang akan keluar di Astro Prima.

Bacalah gosip sampai habis »