March 2010 Archives

Yeayhh! Sekarang ni Mat Kepoh tengah gian sangat main game Race To Gain ni dow. mat Kepoh dah berlumba macam seorang pro yang tak bertauliah. Muahaha! Tapi yang pasti Mat Kepoh dah pro layan game yang baru Mat Kepoh jumpa ni. Rasanya dalam 24 jam sehari, 12 jam tu Mat Kepoh layan game ni je daripada semalam. Wakakaka!

Apa yang buat semangat Mat Kepoh berkobar-kobar ni, sebabnya game ni memang sangat mengujakan sesiapa yang mempunyai jati diri seorang pelumba kereta sejak lahir lagi. Bagi yang takde lagi semangat berlumba kereta, korang boleh berjinak-jinak dengan game Race to Gain keluaran Biotherm Malaysia ni.

Terima kasih banyak-banyak dekat diorang sebab buat game yang boleh mengisi masa lapang Mat kepoh sambil memburu gosip-gosip artis tempatan kita. Ahah! Mungkin dengan kelajuan kereta lumba dalam game ni, Mat Kepoh boleh memburu gosip dekat Hollywood and Bollywood pulak! Hihihihi..

Senang je nak mula main game ni. Mula-mula sekali korang search dekat Facebook korang, “Biotherm Malaysia. Tak pun korang boleh terus klik dekat sini -> Race To Gain. Nanti dekat tab page diorang tu, korang jang lupa klik dekat Race to Gain tu tau. Nanti korang akan terus pergi dekat tempat yang korang nak lumba dengan mat Kepoh. Muahaha! Klik macam korang tengok dekat gambar atas tu.

Mat Kepoh rasa, jika Mat Kepoh berterusan bermain game ni Mat Kepoh akan menjadi macam bintang-bintang Formula 1. Hohoh.. Betullah, korang jangan tak percaya pulak. Mat Kepoh akan terasa macam Lewis Hamilton and kadang-kadang ada jugak ura-ura yang kawan Mat Kepoh nak panggil Mat Kepoh dengan nama Kimi Raikkonen. Muahaha!

Korang nak tahu tak rahsia macam mana Kimi Raikkonen berjaya maintainkan prestasi dia sekarang nih? Kalau korang nak tahu, rahsia dia ada dekat dalam game Race To Gain ni. Ada 3 sesi latihan yang Kimi Raikkonen buat setiap hari. Fuhhh! Kalau korang lepas buat latihan Kimi Raikkonen dalam game ni, maka korang layaklah jadi macam dia.

Mat Kepoh dah try dah, sebab tu lah ada yang panggil Mat Kepoh dengan nickname Kimi Raikkonen. Ngeeeee! Nak kata susah tu boleh tahan la, nak kata senang tu memang tak la. Memang Mat Kepoh tabik la siapa yang dapat beat markah point Kimi Raikkonen tu. Fuhh!

Mat Kepoh berpendapat, antara banyak-banyak pelumba Formula 1 sekarang ni, Lewis Hamilton antara pelumba yang handsome and muka nampak bersih je. Hohoho.. Masa korang main game Race To Gain ni, korang pun akan tahu rahsia bagaimana Lewis Hamilton menjaga muka dia dengan baik sekali!

Korang kena tahu, pelumba Formula 1 ni diorang jaga muka diorang jugak tau. Sebab diorang ni pun dah jadi macam celebrity dah. Korang tengoklah siapa awek Lewis Hamilton ni. Salah sorang ahli Pussycat Dolls tu, jangan main-main. Kalau korang nak dapat awek macam Lewis Hamilton ni, korang kenalah tahu macam mana dia jaga muka dia dalam game ni.

Takdelah susah mana cara nak main game ni. Lepas tu takdelah lama sangat macam game perlumbaan yang sebenar tuh. Game ni hanya mengambil masa korang hanya 5 minit je kot. Kalau korang memang hebat gila, dengan hanya sekali main je, korang dah boleh menang jadi juara untuk bulan ni weh. Hohohoh.. Cubalah jangan tak cuba..

Mat Kepoh pasti korang akan berpeluang nak jumpa mamat-mamat Formula 1 ni. Mungkin korang berpeluang nak peluk cium diorang ni sekali. Muahaha! Takkan korang taknak peluk Fernando Alonso. Takkanlah korang nak lepaskan peluang cium tangan Michael Schumacher. Jangan dilupakan kepada pelumba pasukan F1 Malaysia ok!

Nanti korang saksikanlah depan mata korang macam mana diorang beraksi. Lepas tu korang boleh tiru pulak cara diorang beraksi masa maing game Race To Gain ni. Ehehehehe.. Biotherm Malaysia nak bagi korang ticket FREE pergi tengok Formula 1 dekat Sepang bulan April ni. So korang kenalah main game ni cepat-cepat. kalau tak melepas weh!

Manalah tahu kalau Lewis Hamilton bawak awek dia, Nicole Scherzinger datang Malaysia nanti ke. Nanti korang boleh la tatap muka dia puas-puas. Fuhhh! Mat Kepoh akalu boleh nak tengok ahli Pussycat Dolls ni depan-depan dengan jarak 5cm je! Ya 5cm! Muahahah! Adalah sebabnya kan.


Gadis berlesung pipit, Hunny Madu tak lama lagi akan berkahwin. Tapi sebelum berkahwin Hunny Madu kena bernikah dulu. Hohoho.. Lawak apalah yang Mat Kepoh nak buat ni.

Nampaknya Hunny Madu akan menggunakan Gedung Al-Habshee sebagai penata majlis pernikahan dan persandingannya. Mat Kepoh rasa, hari tu memang hari paling bertuah untuk Hunny Madu and bakal suami.

Sebab semuanya akan disponsor. Hohoho.. Best betul kalau dapat kahwin sponsor ni. Bukannya takde duit, tapi dah rezeki orang nak taja kan. Takkan nak tolak kot. Bacalah gosip sampai habis »


Agak fanatik juga Mat Kepoh tengok Fouziah Gous ni dengan MU. Siap ada bantal MU lagi tu. Ahahaha! Tapi kenapa Fouziah Gous suka Mu ek? Adakah sebab ada Rooney? Ngeeeeee..

Nampaknya bagi sesiapa yang nak tackle fouziah Gous jadi awek, kenalah sokong MU jugak nanti. Manalah tahu kan, Fouziah Gous demand boyfriend yang suka MU jugak. Haha!


Al-Fatihah… Mari sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada arwah Yanie Mentor yang telah pergi ke rahmatullah petang tadi akibat ketumbuhan di paru-paru.

Menurut rakan arwah Yanie, dia sudah lebih empat bulan terlantar sakit akibat ketumbuhan tersebut. Yanie merupakan penyanyi yang berbakat lahir daripada program realiti Mentor.

Dia mendapat tempat ketiga semasa musim Mentor yang dia sertai. Semoga segala jasa dan bakat yang arwah sumbangkan kepada industri muzik tanah air dikenang. Bacalah gosip sampai habis »


Mat Kepoh nak update sikit mengenai perkahwinan aktor kacak Malaysia sorang ni, Zizan Nin. Zizan Nin nampak macam muda tapi rupanya dah berumur jugak. Mat Kepoh tersilap jangka berapa umur dia. Ahahaha…

Umur Zizan Nin sebenarnya mencecah 37 tahun. Fuhhh! Muka maintain lagi tuuuu.. Majlis persandingan Zizan Nin dan isterinya, Fazilah Hani berlangsung dengan meriah di Dewan Perdana Felda. Bacalah gosip sampai habis »


Nampaknya nasib bro Zizan Raja Lawak kembali single mingle. Jika sebelum ni berawekkan Leez bekas pelajar Akademi Fantasia, sekarang ni yang boleh setakat berawekkan bantal peluk jer lah.

Mat Kepoh dapat tahu daripada sumber yang Zizan Raja Lawak dah pun putuskan hubungan dia dengan Leez dan semuanya bersebab. Tak seperti yang Mat Kepoh dengar sebelum ni.

Sebelum ni dengarnya Zizan Raja Lawak tinggalkan Leez begitu saja maka terkontang-kantinglah Leez di situ. Rupanya masih ada rahsia yang belum diungkap. Bacalah gosip sampai habis »