February 2010 Archives

Bagi Mat Kepoh isu Azza Elite dengan teman lelaki dia agak mengelirukan. Sebelum ni Azza Elite ada buat report polis ke tak jadi buat report entah. Dia buat sebegitu sebab ada orang yang menghantar SMS yang bukan-bukan dekat dia. Tak tahulah SMS tu berbaur lucah or ugutan.

Tapi sebelum tu ada orang nampak Azza Elite bergaduh dengan teman lelaki dia. Adakah sebenarnya dia buat report polis sebab kena pukul dengan teman lelaki? Azza Elite cakap yang teman lelaki dia ada pukul sikit je tapi takdelah teruk sangat. Itupun kerana sayangkan dia. Hanya pergaduhan kecil katanya. Bacalah gosip sampai habis »


Setiap orang ada masalah, macam tu jugak Raja Farah. Mat Kepoh ada dengar cerita yang ada rakan-rakan artis ataupun tenaga kerja produksi yang kurang senang dengan Raja Farah sebab emo tak tentu pasal. Macam kuat meradang la kot nih. Mat Kepoh rasa Raja Farah ni mesti tension sebab banyak sangat kerja kot.

Artis ni kalau tolak offer berlakon or apa-apa job mesti nak kena amik. Kebanyakannya amik lah kan. Yela, kalau tak popular lagi tu kena lah amik nak popularkan diri. Nanti tak ambik nanti cakap jual mahal pulak, pijak kepala lah kan. So tak hairanlah ramai artis yang kadang-kadang tak banyak masa. Bacalah gosip sampai habis »


Boleh tahan jugak Natasha Hudson ni punya suara. Ingatkan pandai berlakon je, menyanyi pun boleh. Hohoho.. Memang artis yang all rounder nih. Mat Kepoh punya bakat pun tak sampai macam tu. Suam-suam kuku boleh la. Hehehe.. Selain daripada berlakon dan menyanyi, Natasha Hudson pun boleh menari dan menulis puisi dengan baik!

Daripada mana datangnya semua bakat Natasha Hudson ni ek. Korang tahu tak latar belakang family dia? Ada yang berkaitan dengan dunia seni Malaysia tak or luar negara ke. Setahu Mat Kepoh, adik Natasha Hudson je yang berkongsi bakat lakonan dengan modelling. Cuba korang tengok nyanyian Natasha Hudson dalam video dekat bawah ni. Bacalah gosip sampai habis »


Tahniah Mat Kepoh ucapkan sebab Fara Fauzana dah ada program sendiri. Bukan calang-calang orang wooo Farah Fauzana ni. Memang semua orang boleh nampak dia berusaha keras dalaim industri ni daripada bawah. Banyak jugak penghargaan dan anugerah yang dia dah dapat.

Program Fara Fauzana ni namanya Alahai Fafau! Alahai Fafau akan ditayangkan di saluran TV9 setiap hari Ahad pada pukul 9 malam. Rancangan ni berlum mula lagipun dan akan bermula hujung minggu ni 7 Februari 2010. Mungkin Mat Kepoh tak berkesempatan nak tengok program ni sebab Mat Kepoh ada banyak kerja selain jadi blogger. Bacalah gosip sampai habis »


Mat Kepoh jarang dengar lagu-lagu Adam AF2 sebab tak masuk dalam jiwa Mat Kepoh. Tapi Mat Kepoh tahu yang Adam ada peminat dia yang tersendiri. Paling ramai yang jadi peminat Adam AF2 ni mestilah perempuan kan. Hohoho.. Kalau lelaki yang minat Adam ni dah jadi bahaya dah. Tahan dinding nanti jawabnya!

Ada yang bukak mulut pasal Adam bekas pelajar Akademi Fantasia ni kaki perempuan. Maybe sebab dia ni rapat dengan perempuan and kebanyakan peminat dia perempuan, ada yang tuduh dia kaki perempuan. Pengakuan Adam AF2, dia cakap dia senang menyanyangi perempuan. Tapi bukanlah tahap sayang gila-gila kot. Mulut manis maybe. Huhu! Bacalah gosip sampai habis »


Ramai jugak yang memperkatakan isu tudung Datuk Siti Nurhaliza. Diorang cakap makin lama makin nampak rambut. Tapi malam tadi Mat Kepoh tengok rancangan Terjah dekat TV3, Datuk Siti beritahu yang dia berselendang dan bukanlah bertudung.

Memang sebelum ni Datuk Siti cakap yang dia akan bertudung selepas pulang daripada mengerjakan Umrah. Tapi bukan sekarang. Masanya akan tiba untuk Datuk Siti bertudung penuh dan dia tidak akan menanggal tudung dia lepas tu nanti. Kita sama-samalah doakan moga Datuk Siti cepat-cepat bersedia untuk bertudung. Amiiinn.

Mat Kepoh kalau nak kahwin nanti nak cari bakal isteri yang bersedia untuk bertudung. Baru sedap mata memandang nanti. Hohoho.. Bacalah gosip sampai habis »