
Nampaknya bekas kekasih Fahrin Ahmad, Linda Onn dah pun bagitua pihak media yang dia takkan meminta maaf pada Fahrin Ahmad secara terbuka seperti yang diminta Fahrin dan peguamnya. Linda Onn cakap dia dah serahkan semuanya pada peguam yang akan membela dia di mahkamah nanti. Barangkali Fahrin Ahmad nak saman Linda Onn memang benar.
Haish, Mat Kepoh rasa patutnya diorang boleh selesaikan perkara ni dekat luar je. Kan senang tak susah-susah nak naik turun mahkamah. Linda Onn cakap dia hanya keluarkan kenyataan dekat satu akhbar atas pihak media dan dia cakap Fahrin seorang kaki pukul. Fahrin pula mempertahankan diri dan menafikan kenyataan Linda Onn.

Haishh! Rindu pulak nak tengok Tiz Zaqyah berpewatakan Nur Amina. Mat Kepoh mahukan Nur Amina dalam drama Nur Kasih tu lebih daripada Tiz Zaqyah. Huhuhu.. Personaliti Nur Amina lebih menarik Mat Kepoh. Kalau dapat isteri macam Nur Amina tu memang best la. Tapi bukan atas sebab dia bagi Mat Kepoh kahwin dua haaa.. Hohoho..
Mat Kepoh tak suka berpoligami sebab Mat Kepoh rasa tak berkemampuan la. Biarlah isteri Mat Kepoh satu saja sampai akhirat nanti. Ehehehe.. Siapa ek awek yang sebelah Tiz Zaqyah ni, melentik semacam. Geram jugak dibuatnya. Muahaha!

Akhrinya dah lama bercuti dekat negeri Datuk Bung Mokhtar, pasangan bahagia ni pulang ke ibukota Kuala Lumpur. Diorang nampak gembira je dan nampak macam tidak kesah dengan pihak media. Mat Kepoh rasa diorang dah berasa cool dan tidak cuak dengan pihak media supaya diorang tidak disensaikan lagi.
Muahaha! Bijak sungguh Datuk Bung Mokhtar. Selepas ini mungkin diorang masing-masing akan kembali menjalankan tugas masing-masing. Mungkinkah Zizie Ezette akan meneruskan kerjayanya dalam bidang hiburan atau sekadar memerhati industri hiburan kita. Sama-sama kita sakskikan. Hehehe.. Bacalah gosip sampai habis »

Tahniah Mat Kepoh ucapkan kepada pasangan suami isteri yang tengah bahagia sekarang, Zizie Ezette dan Datuk Bung Mokhtar. Makin lama makin secocok pulak Mat Kepoh tengok. Hehehe.. Masa kecik-kecik dulu ada jugak hasrat nak kahwin dengan Zizie Ezette. Tapi meandangkan bila dah masuk darjah 6 baru tahu jarak umur Mat Kepoh dengan dia jauh beza. Wakakaka!
Gambar ni diambil daripada ahli Forum Cari iaitu Debra. Jelas dan nyata ada watermark Debra dekat semua gambar-gambar Zizie Ezette dan Datuk Bung Mokhtar ni. Debra cakap yang gambar ni adalah semasa diorang berdua tengah bergembira di Kota Kinabalu. Zizie Ezette ni dah jadi isteri Datuk Bung Mokhtar dan Datuk ada hak untuk menggembirakan isterinya. Hohoho.. Kalaulah Mat Kepoh macam Datuk Bung Mokhtar kan best.
Jom tengok gambar diorang yang lain! Bacalah gosip sampai habis »

Bapak mahal rumah Zahida Rafik. Banyak betul duit dia ek beli rumah semahal tu. Tak tahulah Mat Kepoh macam manalah rupanya rumah bernilai RM3 Juta tu. Orang cakap Zahida Rafik ni duduk dekat Bukit Antarabangsa dan Mat Kepoh rasa rumah area situ memang mahal-mahal kan? Korang ade rumah dekat situ tak? Hohoho..
Ada jugak benda tak sedap yang Mat Kepoh tahu pasal Zahida Rafik. Diorang cakap yang Zahida Rafik ni memang ada sugar daddy dan selalu belanja Zahida Rafik macam-macam. dah kira sponsor hidup Zahida Rafik la. Tak tahulah betul ke tidak sebab Mat Kepoh tahu yang Zahida Rafik ni suka berniaga. Jadi mungkin semua benda best-best yang dia ada guna duit daripada perniagaan dia lah kan.
Kalau korang ada apa-apa info pasal Zahida Rafik ni roger2 la Mat Kepoh dol.

Ahah! Gosip panas untuk peminat dunia instrumental indie band. Hohoho! Ada wartawan bagitau dekat Mat Kepoh yang sekarang ni Noh Hujan tengah rapat dengan Mizz Nina ahli Teh Tarik Crew. Ini memang sesuatu yang baru untuk peminat-peminat Noh Hujan. Selama ni diorang asyik bertanya-tanya siapakah teman wanita Noh yang sebenar.
Mizz Nina merupakan seorang anak jutawan Tan Sri Azman Hashim. Bila ditanya, memang Noh cakap diorang rapat dan selalu keluar bersama, tapi atas urusan pembikinan lagu dan album baru untuk Mizz Nina. Noh tolong terbit kan. Tetapi kenapa Noh? Miahaha!