
Mat Kepoh kalau tengok Lana Nordin ni memang kena pergi minum air jap. Haus dibuatnya! Muahaha! Tak dinafikan Lana Nordin memang terkenal dengan perwatakan seksi dia. Korang pernah jumpa Lana Nordin depan-depan tak? Mat Kepoh kalau jumpa, nak ajak amik gambar macam ni sekali la. Tak tahu kenapa, tapi macam suka je. Ehehehe..
Kalau tak silap Mat Kepoh, hari tu ada dengar-dengar yang Lana Nordin nak ceburi bidang perniagaan. Fuhh! Pandai cari duit, body pun mantap, memang mantaplah kesemuanya. Auummm! Mat Kepoh nak jadi adik angkat boleh? Ahaks..

Tahniah Mat Kepoh ucapkan kepada Stacy kerana diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Lim Kok Wing. Tapi Mat Kepoh tak pasti samada Stacy ni ditaja sepenuhnya kerana Mat Kepoh rasa Stacy dah boleh bayar yuran college sendiri. Kalau masa zaman sebelum dia menjadi artis lain lah kan.
Ada jugak yang menjadi isu. Stacy tidak mempunyai sijil SPM dan masakn dia boleh melanjutkan pelajaran. Rasanya sijil SPM amat penting sekali sebenarnya bagi mana-mana IPTA mahupun IPTS. Mungkin Lim Kok Wing bagi kelonggaran untuk Stacy. Pandai betul Lim Kok Wing buat marketing. Hehehe.. Bacalah gosip sampai habis »

Alahaiiii.. Kesian Mat Kepoh tengok Maya Karin. Baru je nak mulakan karier baru sebagai pengacara Nona, dah ada yang bersuara sumbang. Ada yang cakap tak suka gaya Maya Karin mengacara Nona. Maybe diorang tu terlalu suka dengan pengacara sebelum ni kot. Hoho..
Diorang kena tau, setiap host atau pengacara mempunyai gaya dan personaliti berbeza. Pembawakan mestilah berbeza kan. Harap-harap yang tak puas hati sabar la jugak, tak lama lagi boleh ngam punya Maya Karin dengan Nona. Sebelum ni ramai je suka Maya Karin jadi pengacara satu program dekat Astro Ria dulu.

Waaaaa! Mentang-mentanglah korang lagi putih daripada Mat Kepoh, dengan selambanya korang bermandikan cahaya matahari ek. Mat Kepoh ni mandi dengan air sejuk je, tak pernah try lagi dengan cahaya yang panas terik. Wohoho! Nanti jadi hitam terus baru hang tau.
Tapi nampak gayanya Beckahm dah macam tak minat dengan Victoria Posh lagi je. Hohoho.. Tau la dah give birth kat dua orang baby sebelum ni. Ganyut jadinya! Muahaha! Bacalah gosip sampai habis »

Waaaaa! Ni muka Nora danish tanpa makeup ya. Demi hari jadi anak dia, Rayqal yang dah genap satu tahun, Nora Danish sanggup mencontengkan muka. Hohoho.. Kejap je dah besar anak Nora Danish ya. Nora Danish pun makin lama makin nampak matangnya. Ehehe.. Mat Kepoh pun baru first time tengok muka Nora Danish tanpa makeup nih.
Ayah Rayqal ada sekali ke tak ek masa birthday party Rayqal ni? Takde plak Mat Kepoh terima gambar diorang daripada para pembaca. Korang ni janganlah kemut dengan Mat Kepoh, share-share la sikit haaaa. Ehehehe.. Gambar Rayqal masa hari jadi ni pun takde. Haishhh! Hilang seri gambar birthday party dia nih.

Waaa mesti ramai kawan-kawan Rayqal nak datang nih. Hohoho. Kecik-kecik dah ramai kawan tu bukan perkara yang tak baisa zaman sekarang ni. Budak-budak sekarang makin lama makin cepat belajar bercakap. So tak hairanlah kan. Mat Kepoh masa kecik-kecik pun cepat belajar bercakap dengan orang. Muahaha! Tak caya sudah.. Bacalah gosip sampai habis »

Tahniah Mat Kepoh ucapkan kepada Along Raja Lawak dan Ziela Seeron bekas pelajar Akademi Fantasia suatu ketia dahulu. Mereka selamat diijabkabulkan selepas sekian lama bertunang. Lama ke tak eyh? Beberapa bulan je kot Mat Kepoh rasa. Ahaih! Lama jugaklah tu!
Lepas ni Along Raja Lawak tidur bertemanlah, tak payah nak menggatal lagi macam lakonan dia dalam filem Adnan Sempit. Muahaha! Ramai rakan artis yang hadir masa diorang berkahwin dan bersanding. Palin ramai yang hadi sudah tentulah bekas pelajar AF dan budak-budak Raja Lawak yang saing dengan Along masa dulu. Mawi dan Ekin pun datang woo! Bacalah gosip sampai habis »