December 2009 Archives

Dah takde jodoh..Itu sajelah yang Mat Kepoh boleh cakap lagi bila terbaca tentang artis Natasha Liana Hudson, 27 apabila rumah tangga yang dibinanya pada 29 Julai 2007 dengan usahawan dan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari hancur berkecai. Pelakon dan model berdarah campuran itu membuat kenyataan mengenai penceraian mereka pada malam Isnin lalu kepada akhbar sekali gus mengesahkan khabar angin mengenai pergolakan yang melanda perkahwinan mereka kebelakangan ini.

Tak silap MK (Mat Kepoh) ni kali kedua Natasha Hudson bercerai selepas perkahwinan kontroversinya yang gagal bertahan setahun..Hasil perkahwinannya dengan Shahrin pula dikurniakan anak perempuan, bernama Nessa Helena.Natasha yang lebih selesa dipanggil Tasha berkata dia dan Shahrin berkongsi hak penjagaan anak kesayangan mereka tu dan menjaganya secara bergilir-gilir..Biasalah kalau penceraian seperti ini berlaku,kesannya mestilah pada anaknya..Lagi gambar panas klik di sini Bacalah gosip sampai habis »


Sorang artis yang tengah meletup ni bukan main laku lagi sekarang.Maklumlah muda lagi..Muka pun market lagi..Tapi kali ni Mat kepoh bukan nak cerita pasal laku ke tak laku FG..Tapi pasal pertanyaan seorang wartawan hiburan tentang jodohnya dengan pelakon Iqram Dinzly.Ujarnya:
“Sudah empat tahun usia ukhuwah kami terjalin. Lumrah bergelar manusia kita juga tidak lepas daripada berasa jauh hati dan tidak bertegur sapa dalam beberapa tempoh waktu. Kita tidak pernah sempurna, setiap jalinan hubungan pasti ada pasang surutnya.

“Selama berkawan, kita ada kalanya mungkin keliru dengan garisan yang ditetapkan apatah lagi sebagai manusia kita ada perasaan kasih dan sayang. Zon selesa ini akhirnya sesekali mengelirukan kami sama ada perasaan sayang itu datang atas perasaan sahabat atau betul-betul cinta.

“Mungkin pada akhirnya kami rasa, perasaan itu lebih kuat sebagai sahabat. Kami pun bukan budak-budak lagi nak memikirkan cinta monyet. Setakat nak cinta sekejap, lebih baik tak payah. Saya pun sudah tiada masa untuk cinta main-main. Lebih baik kami memikirkan masa depan,” katanya yang tidak menidakkan begitu selesa berteman dengan Iqram, malah, pelakon itu juga satu-satunya kawan susah dan senangnya selain keluarga. Bacalah gosip sampai habis »


Wow! Mat Kepoh memang terkedu bila tengok semua gambar yang Mat Kepoh dapat ni. Semuanya gambar2 panas belaka. Haha! Ni bukan panas yang orang takut nak pegang, ni panas yang lagi2 orang nak pegang. Muahaha! Kalau dapat Mat Kepoh pun nak pegang jugak. Hihihihihi! Gurau je ! Cuba korang tengok semua gambar2 ni, gambar ni adalah gambar Tamara Bleszynski seorang pelakon dari Indonesia. Tak sangka pulak dia berani buat adegan yang macam ni. Walaupun hanya berlakon saja, tapi impaknya besar terhadap peminat dan industri hiburan. Itu pandangan Mat Kepoh la kan.

Mat Kepoh pun pernah berlakon macam ni jugak la. Muahaha! Tak2.. Koi je! (Koi ni tanda Mat Kepoh tipu gurau dari zaman sekolah dulu). Tamara Bleszynski yang seksi ni pernah berlakon dalam filem Cicakman 2 yang jadi watak jahat tu. Badan memang mantap tapi tak suka sangat suara dia, annoying sungguh! Setuju tak? Tapi kalau nak best tengok dia sambil tutup telinga la kan. Wakaka!

Fuhh! Orang Indonesia suka ke tengok filem2 macam ni? Mat Kepoh tak faham sangat la. Sebab rasanya Indonesia tu ramai alim ulamak, jadi macam mana diorang boleh benarkan filem2 yang macam ni dihasilkan. Mat Kepoh yakin gila kalau filem ni disiarkan dekat panggung wayang Indonesia, berpusu2 orang datang nak tengok. Bukan nak tengok jalan cerita, tapi nak tengok badan Tamara Bleszynski yang mantol ni je agaknye. Muahaha! Mintak2 dekat Malaysia takdelah sampai macam ni nanti. Sampai nampak coli/bra and seluar dalam. Berdarah hidung Mat Kepoh jadinya.. Hohoho! Moh tengok gambar2 lain sekali. Bacalah gosip sampai habis »