December 2009 Archives

Selepas heboh pasal voicemail Tiger Woods yang meminta skandalnya,Jaimee Briggs supaya bersekongkol dengannya dalam usaha nak sorokkan hubungan dieorang,keluar pulak cerita pasal skandal ke-4 si Tiger Woods yang liar ni.Yeaaa! Empat!!

Mungkin korang ingat kiteorang buat-buat cerita tapi ni lah cerita yang paling latest kiteorang dengar dari sumber yang sangat boleh dipercayai..Huhu.Si penggoda yang bakal famous tu ialah Jamie Jingers,yang bekerja sebagai Trashy Lingerie “Trashy Girl” dekat Las Vegas dua tahun lepas..Dia juga terkejut bila dapat tau rakan sekerjanya,Jamiee Briggs,juga dikaitkan dengan Woods lalu menelefonnya.Yang peliknya,dieorang berdua ni mengaku tentang skandal itu selain mengucapkan tahniah antara satu sama lain.Haha.

Maybe susah untuk mendapatkan bukti yang kukuh gambar Woods dan Jamie Jingers ni bersama.Tapi untuk tatapan peminat setia Mat Kepoh,kami berjaya mengorek gambar eksklusif bekas Trashy Lingerie “Trashy Girl” ini bergaya dengan bikini pink ketika beraksi di Las Vegas dulu.. Bacalah gosip sampai habis »


Mat Kepoh memang suka betul tengok gambar salah sorang chick hottt dalam Kami The Movie- Zeyna atau nama sebenarnya Ani Zayanah Ibrahim bersosial di malam hari..Memang dah macam menjadi trend artis-artis Malaysia sekarang suka dressing dan bersosial ala-ala Paris Hilton..Ape lagi,bersepah-sepah la gambar-gambar panas dan seksi dapat ditatap di ruang-ruang maya tempatan ni.Tapi Mat Kepoh SUKAAA.hehe

Berbalik pada Zeyna ni..Dalam ramai-ramai pelakon yang menyumbang tenaga dalam drama bersiri Kami The Series,Mat Kepoh rase lakonan si Zeyna ni lah yang paling menyakinkan dan berkesan.Nampak sentiasa natural kalau nak dibandingkan dengan yang lain..Maybe Zeyna ni memang seorang yang happy go lucky dan kuat bersosial dalam dunia reality bersesuaian dengan watak Adi yang dipegang dalam Kami.Tengok je lah gambar dia kat clubbing tu..Ramai juga yang suka peluk Zeyna kan?Mat Kepoh nak jugak boleh? Bacalah gosip sampai habis »


Bekas Lindsay Lohan Malaysia,Fazura telah dilihat pergi tengok wayang bersama-sama dengan seorang kerabat diraja.Siapa orangnye tu??Siapa orangnya masih lagi menjadi tanda tanya sampai hari ni..Tapi yang pasti dua-dua sama padan,hot dan single..Fazura ni dulu seorang kaki gaduh,liar orangnya pada masanya yang sama seksi.Biasa lah kalau body mantap buat ape nak sorok ye tak?Muda lagi..Dulu si Fazura ni memang kontroversi.Tapi sekarang ni dah slow down sikit.Maybe dia dah lebih matang dan feminin kot..

Ketika diminta untuk bergambar mengenakan pakaian kelas pertama rekaan pereka fesyen ternama Rizman Ruzaini, Fazura meminta tidak diberikan pakaian yang agak seksi. Seksi dalam erti kata yang terlalu menjolok mata. Pelik? Yalah.. sebelum ini dia tak memilih corak atau jenis pakaian untuk diperagakan. Bacalah gosip sampai habis »


Dulu-dulu Mat Kepoh memang suka sangat kalau tengok drama yang Eja berlakon. Masa tengok dia tu memang cantik sangat and lakonan dia pun baik. Walaupun muka Mat Kepoh ni ganas, tapi ada secebis hati Mat Kepoh yang minat menonton drama Melayu. Ahaha! Siapa la yang tak minat tengok drama kan. Sekarang dah lama tak tengokĀ  Eja dan pagi tadi tengok Kak Murai cerita pasal baby Eja , Nur Eishal. Oooo Eja sibuk menjaga pantang and baby Eishal rupanya.

Comel je baby Eja ni nama pun sedap, Nur Eishal. Nampak gaya baby Eishal ni macam tak banyak ragam je. Duduk ontok je masa orang ramai tengah tengok dia. Maybe Eja boleh kongsi tips sikit macam mana nak jaga baby dengan baik. Ahahaha! Sekarang ni Eja dah tak malu-malu lagi dah macam dulu. Dah tak payah sorok-sork lagi dah pasal hal suami dan anak Eja. Mat Kepoh ade 3 je gambar Eja dan baby serta suami. Moh la tengok haaaaa. Bacalah gosip sampai habis »


Aleeza Kasim memang terkenal dengan perangainya yang suka berpakaian seksi-meksi ni. Yalah dah kata dia ni ibarat top model Malaysia. Tapi Mat Kepoh tak nampak pun apa yang hebat sangat Aleeza Kasim ni dalam bidang modeling. Gah dengan gosip seksi adelahkan. Dah la makin lama makin tua, memang nak tiru Janice Dickinson la ni. Masing-masing dah sama tua. Kali ni Aleeza Kasim punya seksi memang melampau dan dah tahap bangang dah.

Sebelum ni memang Mat Kepoh respek sikit jugak la dengan Aleeza Kasim ni sebab mungkin dia sangat mendalami bidang fesyen so dia punya dress tu kadang-kadang memang seksi. Tapi cuba korang tengok ketiga-tiga gambar Aleeza Kasim dalam blogpost Mat Kepoh kali ni. Nampak macam orang bangang je kan? Ada ke pakai dress macam tu. Memalukan sungguh dan tak kena langsung! Baik dia pakai bikini je.

Perghhhh! Mat Kepoh memang tak kuasa nak tengok lama-lama. Korang tengok je lah sendiri. Kalau lawa takpe, dah la makin tua. Nampak riak muka berlagak dekat dalam Aleeza Kasim ni. Dia nak nampak dia yang paling hebat dalam seksi-meksi ni. Mampoila hai! Mat Kepoh harap Aleeza Kasim akan memperbaiki balik mutu daya pemikiran dia dalam bidang fesyen nih. Kalau dah tak tahan sangat nak buat fesyen pelik-pelik, sila ke luar negara lah ya. Bacalah gosip sampai habis »


Boleh tahan jugak Mat Kepoh tengok si Watie Elite ni. Hehehe.. Masih lagi mempunyai bentuk badan seorang wanita yang mampu menggoda seorang lelaki dengan baik sekali. Wakaka! Tapi bentuk badan dia tak macam dulu lagilah kan, dah bertambah isinya. Ya lah, umur dah meningkat tua pun kan. Tapi kesiannya Watie Elite ni sudah pun bercerai lama dan menjadi janda serta ibu tunggal sudah beberapa tahun.

Memang susah nak jadi seorang ibu tunggal ni sebab tanggungjawab tu terlalu berat dengan nak mencari rezekinya dan nak jaga kepentingan anak tersayang lagi. Watie Elite mempunyai seorang anak lelaki sahaja yang bernama Ahmad Afif Danial , 5 tahun. Mat Kepoh paham bagaimana kehidupan seorang ibu tunggal ni. Hehe.. Sebelum ni Watie Elite pernah jugak bercinta dengan seseorang tapi cintanya tu tidak kesampaian akibat sikap kepura-puraan lelaki tu yang sebenarnya sudahpun dan masih mempunyai seorang isteri.

Akibat daripada itu, Watie Elite rela memutuskan hubungan tersebut. Kesian Mat Kepoh tengok. Watie Elite memang nak cari pengganti dan ingin dibelai sebagai seorang isteri, namun kerja sebagai seorang artis terlalu banyak dan membuatkan Watie Elite terlalu sibuk untuk bercinta dan berkasih. Tengoklah sekarang ni dia dah banyak muncul dekat drama-drama TV. Watie Elite mengaku dia pun mempunyai nafsu :)