February 2009 Archives

Semua gambar-gambar ni ditangkap semasa mereka dikantoikan oleh wartawan Jomstar di sebuah kompleks membeli belah di Kuala Lumpur. Alahai Ayu Ruadah dan Pekin. Korang tak pandai cover line la. Hehehe.. Aku pun dah lupa dekat mana. Tapi yang pasti antara The Garden and Pavilion. Hoho. Korang sendirilah yang pastikan keadaan kedai tu dalam gambar ni. Dekat bawah ni ada banyak gambar lagi. Jom usyar sama-sama.

Bacalah gosip sampai habis »


Akhirnya pasangan bahagia ini diijabkabulkan juga pada 14 Februari 2009 yang jatuh pada tarikh yang sama aku menghentikan penjualan ebook aku iaitu xxxxx. Hehehe.. Perkahwinan diorang diadakan di Bora Ombak yang berdekatan dengan Sport Planet Ampang. Aku ingatkan nak pergi tengok diorang kahwin, tetapi disebabkan aku duduk jauh dari situ aku tidak dapat menghadirkan diri aku. Muahaha! Jadi pada hari tersebut, Que Haidar dan Linda Jasmine sudah sah sebagai suami isteri. Maknanya diorang boleh berpeluk sakan dimana-mana tanpa menyorok daripada pihak wartawan yang sentiasa dahagakan berita-berita panas dan sensasi terutamanya wartawan hiburan. Perkahwinan tersebut bertemakan ala Bali. Tak bermaksud diorang sengkek nak berkahwin kat Bali. Hehehe.. Jadi jangan terkejut kalau ada yang berpakaian seperti orang Bali dalam gambar-gambar yang akan korang tengok nanti ya. Jom layan gambar dan galeri khas untuk Perkahwinan Que Haidar dan Linda Jasmine.

Bacalah gosip sampai habis »


Filem Histeria sudah lama berlalu dan jangkaan terhadap kejayaan filem tersebut jauh tersasar. Bukan tersasar lebih baik, tetapi tersasar lebih teruk. Aduhai.. Mungkinkah disebabkan tidak cukup promosi oleh pihak yang sepatutnya ataupun rakyat Malaysia dah muak dengan cerita-cerita hantu ni. Ada satu babak yang tidak sepatutnya iaitu ciuman seorang lesbian terhadap pasangannya dalam filem ini. Itu mungkin salah satu sebab paling besar kenapa ramai orang tidak menonton filem ini. Mereka jijik agaknya dengan perlakuan tak senonoh tu.. hohoho! Jom layan gambar yang lain-lain kat bawah ni.

Bacalah gosip sampai habis »