Linda Jasmine kerap berpakaian seksi daripada dulu lagi. Tapi adakah dia akan berpakaian lebih seksi selepas menjadi isteri kepada Que Haidar nanti? Atau dia akan menutup segala auratnya selagi boleh? Kita tunggukan saja nanti. Bergantung kepada Que Haidar juga nanti. Hehehe.. Memang clean betul belakang Linda Jasmine ni ek. Seksi habis. Cuba korang tengok gambar dekat bawah ni pulak.
Inilah video yang aku janjikan kepada para pembaca MatKepoh.com sebelum ini iaitu video mengenai kekantoian Abby Abadi dan Zul pasangan barunya. Kemungkinan suami barunya. Hoho.. Satu andaian sahaja daripada aku.
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi dan pelakon terkenal ni kan? Dah nama pun terkenal. Apedaaa Mat Kepoh. Hehe.. Hetty Sarlene sudah lama tidak muncul di kaca TV, ini hanya pendapat aku saja. Mungkin aku jarang tengok TV kot sekarang ni. Dulu selalu tengok drama Sembilu lakonan Hetty Sarlene dan Zed Zaidi. Itu merupakan drama Melayu paling panjang yang pernah aku tengok. Entah berapa episod entah drama tu. Tak terbilang rasanya. Namun, masa tu aku lihat Hetty Sarlene tidaklah seseksi, selangsing dan secantik seperti di atas. Hohoho.. Mata aku terus tersasar ke atas sesuatu dek kerana badan Hetty yang semakin langsing ni. Korang paham-paham sajalah ya. Menurut Hetty, dia hanya mengamalkan diet sahaja, tapi diet yang seimbang. Agaknya, sebab tu lah ada bahagian yang masih segar-bugar!
Sudah sekian lama menjadi model dan pelakon drama serta filem, akhirnya Fouziah Gous telah terjun ke dalam kancah baru bidang seni iaitu menjadi ‘ Pembuka Kotak ‘ dalam rancangan Roda Impian. Hoho.. Mungkin dia ingin mencuba nasib dan berhasrat menjadi seperti Eja dan Abby Abadi yang sebelum ini pernah menjadi Pembuka Kotak untuk program yang diminati ramai tersebut. Abby Abadi dan Eja menjadi lebih terkenal selepas popular sebagaiĀ pengacara bersama atau Pembuka Kotak untuk program ini yang sama seperti program Hollywood iaitu Wheel Of Fortune.
Belum lagi reda isu penceraian di antara Norman Hakim dan Abby Abadi, kini datang lagi satu kontroversi mengenai kesan daripada penceraian tersebut. Aku rasa kontroversi ini memang membuatkan segelintir rakyat Malaysia dan para peminat setia seni hiburan kecewa dengan sikap Abby. Belum habis lagi tempoh idah, dia sudah bermesra-mesraan dengan pelakon baru yang agak kacak iaitu Zulkifli Arifin ataupun lebih dikenali sebagai Zul. Kalau aku jadi Norman Hakim, aku pun agak kecewa dengan perbuatan si Abby ni walaupun sebelum ni aku dah buat hal dengan Memey Suhaiza. Hehehe.. Abby dan Zul telah dikantoikan oleh para wartawan yang mendapat maklumat mengenai mereka yang pergu bercuti di Hong Kong dan China berdua. Ada yang nampak sebelum mereka berlepas ke China, mereka kelihatan asyik bermesraan bagaikan Laila dan Majnun. Hoho! Zul beritahu pada wartawan yang diorang ni pergi ke sana atas urusan ‘business‘. Aduhaiii! Aku rasa diorang tak dapat fikir alasan yang paling munasabah kot. Besar betul urusan diorang sampai perlu pergi ke sana. Dekat Malaysia ni dah tak ada resource lagi ke? Masa aku tengok segmen terjah di Melodi, si Abby ni jawab agak tergagap-gagap juga sambil memandang-memandang ke arah Zul di bonet kereta. Hoho! Dahlah sebelum diorang berdua ditemuramah, diorang lepak dekat dalam airport tu selama 4 jam. Kononnya nak tunggu wartawan cabut dulu la. Sorrylah jack! Story hangat ni confirm sanggup tunggu. Hohoho! Nanti aku cuba uploadkan video terjah ni nanti.